Archive for the ‘ Buku ’ Category

Julai dan apa yang aku baca

August 1, 2008 by mudin001 8 Comments

Ogos tiba. Pengunjung tetap blog ini pasti menyedari kurangnya kekerapan aku mengemaskini blog ini akhir-akhir ini. Sesungguhnya ia bukanlah disengajakan dan bukan juga kerana aku tidak punya hal yang mahu dikecekkan. Tapi sememangnya jadual hidupku; kerja, keluarga dan aktiviti-aktiviti lain makin padat, yang tidak memungkinkan aku untuk berblog seperti biasa. Bulan lalu, aku hanya mampu menghasilkan 15 entri, berbanding purata 21 entri untuk enam bulan pertama tahun ini. Dan bulan-bulan mendatang mungkin akan lebih menyesakkan untuk aku. Jadi, jangan berhenti untuk datang ke sini, sekurang-kurangnya kehadiran kalian akan terus memotivasikan aku untuk cuba mencuri masa mencoret sesuatu di sini.

Baiklah, apa yang aku baca bulan lalu. Semestinya dengan kesibukan yang melanda, masa membaca juga berkurangan. Aku hanya mampu menghabiskan dua buah buku bulan lalu. Buku pertama, buku yang banyak kali aku sebutkan di blog ini, Dari Beirut ke Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai. Buku ini begitu mengesankan. Jarang sekali ada buku, fiksyen mahupun bukan fiksyen yang mampu menyentap emosi aku sehingga terpaksa menahan air mata dari terburai dihadapan isteri dan anak-anak. Tak beshlah baca buku boleh nangis kan? Cerita pengorbanan dan perjuangan wanita-wanita Palestin untuk meneruskan kehidupan di kem pelarian, tanpa suami dan anak lelaki tempat bergantung misalnya, benar-benar menyentuh perasaan aku. Bilakah agaknya pemusnahan terancang terhadap rakyat Palestin ini akan berakhir agaknya? Atau soalan yang lebih penting, apakah agaknya yang kita sumbangkan untuk mereka? Perlukan aku memetik kata-kata Nabil sekali lagi?

Kita ke buku yang kedua. Buku ini lebih santai sifatnya. Daripada tajuknya pun kita pasti dapat menjangkakan jenis bukunya. Buku itu ialah Honk! If you’re Malaysian, oleh Lydia Teh. Sarkastik? Mungkin. Sangat baik bukunya? Bagi aku okla, tak adalah besh sangat. Kalau dari lima bintang, aku bagi tiga sahaja.

Sekarang, giliran kalian pula. Apa yang kalian baca? Tujuh buah buku, mungkin? Atau kalian mengalami reader’s block?

Obama kecek tentang membaca…

July 15, 2008 by mudin001 3 Comments

Barrack Obama:

“Over the course of four years I made time to read all of the Harry Potter books out loud to my daughters. If I can do that and run for president, then you can find time to read to your kids. That’s some of the most special time you have with your children.”

Tiada apa lagi yang perlu aku tambah! :)

Jun dan apa yang aku baca

July 2, 2008 by mudin001 12 Comments

Entri bulanan ini ringkas saja kali ini. Apa yang aku baca bulan lalu?

Tiga buah buku sahaja. Semuanya berbahasa Inggeris. Dua fiksyen dan satu bukan fiksyen. Buku yang pertama ialah novel terakhir dalam siri Harry Potter; Harry Potter and the Deathly Hallows. Ya, aku tahu… aku lewat membaca buku ini. Peduli apa? Aku bukannya peminat kipas-susah-mati Harry Potter. Komen? Tidak ada apa-apa, yang pasti… aku enjoy baca buku ini.

Kedua, ya… mungkin buku ini sedikit jiwang. Tapi peduli apa? Bukunya ialah Suzanne’s Diary for Nicholas oleh James Patterson. Buku ini aku baca ringan-ringan dalam kereta sambil menunggu Ummu Adam di stesen LRT Bukit Jalil setiap petang.

Buku yang ketiga pula ialah buku yang telah lama aku beli dan mulakan membacanya. Tapi sentiasa terhenti-henti pembacaan. Hanya bulan ini aku paksakan juga diriku untuk menghabiskannya. Bukunya ialah The Tipping Point oleh Malcolm Gladwell. Bukuria ada menulis ulasan tentang buku ini.

Dengan ini, menjadikan jumlah buku yang telah habis aku baca pada setengah tahun pertama 2008 sebanyak 16 buah buku. Jumlah yang sama banyak untuk tempoh yang sama pada tahun lalu. Kamu bagaimana?