Archive for the ‘ Famili ’ Category

Jualan Gudang MPH

October 29, 2008 by mudin001 13 Comments

Mac tahun lalu, ketika kami memborong buku di jualan gudang MPH, Adam masih kecil. Belum punya adik.

Mac 2007, Adam di jualan gudang MPH

Mac 2007, Adam di jualan gudang MPH

Ahad lalu, dia sudah pandai memilih buku sendiri. Memegang dua buah buku, apabila ditanya mahu yang mana satu. Mahu dua-dua, itulah jawabnya.

Oktober 2008, Adam di jualan gudang MPH

Oktober 2008, Adam di jualan gudang MPH

Dan hasilnya, inilah yang kami bawa pulang.

Semuanya dengan harga RM109.00

Semuanya dengan harga RM109.00

Gambar-gambar lain boleh lihat di sini.

Ada sesiapa yang ke sana minggu lepas? Apa yang kalian beli?

NOTA: Novel First Impression oleh Jude Deveraux itu adalah untuk dijual. RM 16. Belum digunakan. Ummu Adam terbeli, balik ke rumah baru sedar dia sudah ada senaskhah novel yang sama. Kalau berminat, boleh hubungi Ummu Adam di noorwalida@gmail.com

Sinis

October 25, 2008 by mudin001 5 Comments

* Lillian yang dimaksudkan bukan tuan punya blog ini, tapi Lillian Hellman.

** Babak di atas berlaku di sebuah bilik di Gunung Ledang Resort, ketika kami berpergian ke sana atas urusan kerja aku, Ogos lalu.

Ubat penyakit hati

October 21, 2008 by mudin001 2 Comments

Kalau Pn Izinni memerlukan RM 3 untuk mengubat hatinya, aku tidak memerlukan satu sen pun. Cukuplah dengan senyuman manis si Alya Wafiyah ini. :)

Petang 1 Syawal, sekuntum bunga raya putih untuk buah hati Baba.