Archive for the ‘ Famili ’ Category

Kecek-kecek tentang Adam & Alya

November 21, 2008 by mudin001 6 Comments

Hari ini tiada idea nak berkecek-kecek. Jadi aku salin tampal entri dari blog Ummu Adam ini. (Kat mana blog dia? Cari sendiri kalau jumpa, atau tanya Ummu Adam.)

pb171546pb171548

Adam balik sekolah.Berat beg tu, tapi dia nak bawak juga

Alangkah indahnya hari bila di penghujungnya dapat bertemu dengan Adam dan Alya..hilang segala penat lelah seharian di tempat kerja.Bila sampai saja di sekolah, Adam pasti sudah menunggu di depan grill sambil melompat-lompat gembira..Alya pula pasti tersenyum lebar dan menerpa ke arah Ummi..nak susu lah tu..Alya semenjak 2 minggu lepas memang tak mahu minum susu botol..sudahnya minum air masak jer sepanjang hari..malam baru dapat minum susu Ummi..

Sampai rumah, bermulalah aktiviti Adam..ada hari yang moodnya baik, elok saja dia main dengan Alya..ada masanya semua barang kat tangan Alya dia nak ambil..membuatkan cek mek sorang tuh meraung-raung..sabor je lah..

Kalau Ummi ke dapur nak masak, sibuklah Adam nak menolongnya..sudahnya habis bersepah satu dapur..lepas tu mulalah buat permintaan macam-macam..nak air ribena lah, nak susu lah, nak air kotak lah…tak cukup tangan dibuatnya..

Tapi walaupun penat melayan karenah Adam dan Alya, semuanya terubat bila tengok aksi anak2 Ummi yang dah pandai nak tolong Ummi dan Baba ..huishhhh ringan tulang sunggoh anak2 Ummi ni..tengoklah aksi mereka..

pb181587pb1815891pb181590pb181592

Tengoklah macamana sweetheart Baba menambat hati Baba..Baba lapar ker..meh Alya suapkan roti

Semalam lepas makan, Adam mintak towel dengan Ummi, ingtkan nak buat apa..dia pergi basahkan towel dan lihat aksinya di bawah..

pb191594pb191601pb191602pb191607

Ummi dapat pembantu rumah baru..habis satu rumah di lapnya..cayangggggg ADAM..

P/S : Ini bukan kes dera ye..tengoklah kegembiraan Adam bila dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya…

pb191608

Adam memberikan posing’ senyum nampak gigi”

Siapa kata bertudung tidak cantik?

November 18, 2008 by mudin001 10 Comments

Alya Wafiyah, my sweetheart.

Alya Wafiyah, my sweetheart.

Semua dalam satu

by mudin001 10 Comments

HP Deskjet F4280 All-in-One, hadiah dari Ummu Adam sempena 27.

:)