Archive for the ‘ Islam ’ Category

Harakah: Lawak bodoh jadi berita

October 31, 2008 by mudin001 16 Comments

Harakah keluaran 27-30 Oktober 2008

Harakah keluaran 27-30 Oktober 2008

Membaca komentar Ustaz Elbaritii tentang Harakah di sini, dan kemudiannya membandingkan dengan Harakah edisi cetak yang terbaru (27-30 Oktober 2008). Aku rasa banyak benarnya apa yang dikatakan oleh beliau. Secara jujurnya, aku sendiri pun tidak begitu melanggani Harakah. Hanya membelinya apabila ‘terserempak’ dimana-mana. Tidak seperti dua atau tiga tahun dulu, yang sememangnya keluarannya sentiasa ditunggu-tunggu.

Keghairahan untuk mencari dan membaca Harakah itu sudah hilang. Entahlah. Mungkin kerana beritanya yang semakin tawar? Sebagai contoh, ambil Harakah keluaran yang aku nyatakan di atas. Dijadikan berita di muka dua akhbar tersebut kenyataan Mahfuz Omar yang menyarankan Yasin dibacakan kepada UMNO yang sakit tua. Bagi aku, kenyataan itu tidak lebih dari lawak bodoh yang tidak sepatutnya dijadikan berita. Apatah lagi di muka dua sebuah akhbar yang menjadi lidah rasmi sebuah parti Islam.

Tukang buat lawaknya pula ialah seorang pemimpin bertaraf Ketua Penerangan. Adakah itu standard kita? Tinggalkanlah lawak-lawak bodoh sebegitu untuk blog-blog bertaraf kampung seperti Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 ini. Jauhkanlah dari lidah rasmi sebuah parti Islam.

Aku rasa soalan Elbaritii yang ini, juga relevan untuk aku.

Sama ada Harakah yang berubah atau saya yang telah berubah!

Apa kata pembaca Harakah yang lain? Mahu berkongsi pandangan kalian? Dipersilakan untuk bersetuju mahupun tidak di ruangan komen dibawah.

Nota untuk diri: Senyumlah!

September 21, 2008 by mudin001 4 Comments

Ramadhan adalah bulan menghidupkan agama. Boleh juga disebut menghidupkan Tuhan. Kerana Tuhan kian mati dari hati-hati kita yang sibuk dengan duniawi. Dan selain berpuasa dan bertarawih, sedekah juga amalan yang sangat digalakkan. (Zakat fitrah wajib ya!)

Tidak semua orang mampu menghulurkan sedekah material kalau setakat hidup dengan duit gaji bulanan. Sedekah yang paling mudah adalah senyum. Sabda Rasulullah:

Dan senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah.1

Maka ingatlah untuk senyum selalu. Senyumlah di jalan raya, walaupun pemandu dihadapan kamu itu kamu katakan lembap macam kura-kura. Senyumlah pada anak-anak walaupun disambut dengan rumah yang berselerak tatkala kepenatan pulang dari kerja.

Pendek kata, senyumlah.

Nota Kaki:
1. Dikeluarkan oleh Tarmizi dengan nombor 2390 (4/598). Abu Isa berkata: Hadis hasan sahih.

Berbuka apa hari ini?

September 19, 2008 by mudin001 4 Comments

Sekadar renungan hari Jumaat di bulan Ramadhan.

berbuka.jpg
(Kredit kepada Kaset79)

Selamat berhujung minggu. :)