Archive for the ‘ Isu Semasa ’ Category

Kecek-kecek tentang ISA (dari Malaysiakini)

October 18, 2008 by mudin001 6 Comments

1. Senang sungguh mereka menyarankan ISAkan si polan dan si polan. Bagaimana kalau yang menyarankan itu pula yang di ISAkan? Bodoh! Menyampah aku dengan manusia yang berbicara ikut sedap mulut. Macam budak-budak bergaduh. Seolah-olah menjerit, neraka mung! Memang, ISA adalah neraka dunia yang memisahkan isteri dengan suami, bapa dengan anak, anak dengan ibu. Sesiapa sahaja yang menjeritkan ISA si polan dan si polan adalah bodoh bangang!

2. Seorang lagi jadi mangsa ISA. Bilakah rejim zalim UMNO/BN akan tumbang? Aku sudah tidak tahan lagi!

3. Ya, Ibrahim Ali memang gila. Bodoh dan gila kerana tidak henti-henti menghalalkan ISA. ISA tukar jadi Akta Kasih Sayang? Harharhar! Kegilaan apakah ini? Mungkin penahanannya di bawah ISA dulu telah menggilakannya?

Kecek-kecek tentang Datuk Shah Rukh Khan

October 12, 2008 by mudin001 12 Comments

Sejak petang Jumaat lalu sehingga sekarang, blogosfera masih lagi dibanjiri dengan tulisan-tulisan berkaitan hal pengurniaan pangkat Datuk kepada Shah Rukh Khan. Oleh kerana ku telah menulis tentang ini dalam entri terdahulu, aku tidak mahu menokok tambah lagi. Sekadar mengumpulkan kecek-kecek orang tentang hal ini sebagai rekod. Mungkin 10 tahun lagi Adam dan Alya akan bertanya, siapa itu Shah Rukh Khan, kenapa dia diberikan pangkat Datuk dan apakah rakyat Malaysia semua menerimanya? Maka bolehlah aku tunjukkan entri ini kepada mereka.

1. Tawel Sensei kata, hati-hati dalam memberikan sebarang anugerah kepada artis. Nanti susah nak berikan justifikasi. Seperti mana tergagap-gagapnya Ali Rustam sekarang.

2. Hasbullah Pit tanya, kenapa Skuad Dun Batu Caves bertanyakan faedah penganugerahan tersebut kepada para blogger yang sibuk bertanya tentang gambar/berhala/patung Anwar Ibrahim? Apa hal? Tanyalah kepada Ali Rustam dan Khalil Yaakob!

3. Nobisha kata, mengapa tidak?

4. Husin Lempoyang menyenaraikan artis-artis yang layak dan tidak layak untuk diberi anugerah Datuk. Antara yang patut diberi pertimbangan serius adalah Sean Connery dan Catherine Zeta Jones. Sharon Stone tidak layak, katanya.

5. Apalah salahnya… tanya Pn Izinni. (Hati-hati baca blog dia, dia ada banyak masalah hati. :D)

6. Faisal Tehrani ni banyak tanya pula. Baca sendirilah!

7. What an excuse? Tanya cikgu, mengulas tentang alasan yang diberikan oleh Ali Rustam.

8. Pn Izinni (lagi?) berspekulasi bahawa Datuk Shah Rukh Khan bakal dilantik jadi Menteri KekWa?

Apapun, setelah membaca tulisan-tulisan di atas dan juga banyak tulisan lain di blog-blog, yang banyak adalah pertanyaan. Jawapan ada, jawapan bodoh Ali Rustam. Heh!

Tok Mudin: Rasa rugi pula tidak ambil gambar di depan A Famosa ketika aku dan Ummu Adam mendaki bukit itu ketika Ummu Adam mengandungkan Adam dulu. Lepas itu letak dalam blog, sebarkan seluruh dunia. Pasti dapat pingat sebab promosikan A Famosa. Kan?

Datuk Shah Rukh Khan kempen untuk Ali Rustam?

October 10, 2008 by mudin001 18 Comments

Ketika mendengar berita ini di radio petang tadi, perkataan pertama terbayang di kepala aku adalah ‘what a joke!‘. Apa sudah jadi dengan Malaysia, lawak apakah ini?

Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin ini strategi Ali Rustam untuk mendapatkan ‘endorsement‘ dari Shah Rukh Khan dalam perlumbaannya untuk merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ali Rustam pasti belajar dari Barack Obama, yang mendapat restu dari Oprah Winfrey yang sememangnya berpengaruh di Amerika Syarikat.

Prior to the 2008 Democratic Presidential Primary, Barack Obama was endorsed by Oprah Winfrey, a celebrity with a proven track record of influencing her fans’ commercial decisions. In this paper, we use geographic differences in subscriptions to O! – The Oprah Magazine and the sale of books Winfrey recommended as part of Oprah’s Book Club to assess whether her endorsement affected the Primary outcomes. We find her endorsement had a positive effect on the votes Obama received, increased the overall voter participation rate, and increased the number of contributions received by Obama. No connection is found between the measures of Oprah’s influence and Obama’s success in previous elections, nor with underlying local political preferences. Our results suggest that Winfrey’s endorsement was responsible for approximately additional 1,000,000 votes for Obama. [Sumber]

Shah Rukh Khan juga mempunyai pengaruhnya yang tersendiri di Malaysia. Maka tidak rugilah jika Ali Rustam mencadangkan dia menerima anugerah Datuk. Dapatlah agaknya Ali Rustam menumpang tuah dan glamer Shah Rukh Khan. Bakal kecundanglah Muhyiddin nanti. Apa kata kalau Muhyiddin cadangkan Johor berikan anugerah Tan Sri kepada Kajol? Ada canlah sikit mahu lawan Ali Rustam.

Maka, aku tidak setuju jika Hasbullah Pit mengatakan Shah Rukh mendapat gelaran Datuk kerana jasanya kepada reformasi. Aku juga tidak setuju jika Menj mengatakan jasanya hanya sekadar menghiburkan rakyat Malaysia dengan Kuch Kuch Hota Hai.

Jasa Shah Rukh bukan itu. Dia belum berjasa. Tapi jasanya akan kita ketahui bulan Mac 2009 nanti.

Tok Mudin: Teringat masa jadi pelajar matrikulasi KPM di KYPM Bangi dulu. Teringat kepada kawan-kawan lelaki yang menangis tengok cerita Mann, Kuch Kuch Hota Hai dan Dil To Pagal Hai. Heh! :D