Archive for the ‘ Lain-lain ’ Category

Hari Terakhir dan Menyelongkar Beg

March 21, 2008 by mudin001 17 Comments

MAKLUMAN: Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja di Nokia Siemens Network Sdn Bhd (sebelumnya Siemens Communications), setelah menimba pengalaman bekerja di sini semenjak 1 Oktober 2004. Ini bermakna, aku akan memulangkan laptop yang sedang aku gunakan ini kepada tuan punyanya. Maka aku tidak ada laptop mahupun komputer lagi di rumah, sehingga aku dapat laptop baru. Jadi blog ini akan bercuti buat seketika. Jangan serik untuk datang ke sini, sementara tiada entri-entri baru, sudi-sudilah menjengah arkib blog ini. Boleh juga subscribe saja pada RSS blog ini, kalian akan tahu bila blog ini dikemaskini nanti.

MENYELONGKAR BEG: Seorang mamat Taiping yang mengaku adik Rosyam Nor menyibuk mahu tahu isi kandungan beg aku. Tidak mahu mengecewakannya (manalah tahu suatu hari nanti dia benar-benar jadi aktor, bolehlah aku tumpang glamour), aku pun selongkarlah beg yang aku sentiasa bawa ke tempat kerja, yang akan berkurangan isinya hari ini. Inilah isinya:

IMAGE_00839_1.jpg

[1] Ini begnya, bukan isinya. Beg ini beg percuma dari Maxis.
[2] USB Floppy Disk Drive.
[3] Cat-5 LAN cable.
[4] USB2.0 All-in-1 card reader.
[5] Buku catatan, digunakan untuk mencatat apa yang aku nak catat.
[6] 256MB USB pendrive.
[7] Pen
[8] Higlighter, digunakan sebulan sekali untuk menghighlightkan panggilan-panggilan peribadi dalam bil telefon.
[9] 80GB External harddisk.
[10] Kertas-kertas setebal setengah inci. Mengandungi nota-nota, borang-borang juga manual kerja yang setengahnya telah berada didalam beg ini sejak minggu pertama aku kerja sampai hari terakhir, hari ini. Yang paling atas itu adalah borang terakhir yang aku kena hantar sebelum balik hari ini, Cessation of Employment Checklist.

IMAGE_00838_2.jpg

[11] Laptop Dell Latitude D600 yang telah pun patah ‘leher’nya. Perlu disandarkan pada dinding atau sebarang objek yang berdekatan untuk digunakan.
[12] Maxis Broadband USB Modem.
[13] Tetikuslah, apa lagi?

NOTA1: Item no. 2, 3, 11 dan 13 adalah kepunyaan syarikat yang akan dipulangkan hari ini. Kalau tidak dipulangkan, habislah gaji aku bulan ini. :D

NOTA2: Majikan baru aku adalah pengeluar kepada item no.12, berpejabat di Etiqa Tower (dulu MNI Tower) berdekatan KLCC. Dekatlah dengan Ummu Adam yang kerja di KLCC, boleh carpool dan lunch sama-sama setiap hari. Aku akan mula bekerja di sana Isnin depan, 24 Mac 2008.

Itu sahaja, jumpa lagi. Wassalam.

Kembali

January 28, 2008 by mudin001 6 Comments

Kembali bekerja setelah tiba dari Kelantan petang semalam. Masih terkejar-kejar, memerika Inbox email, meneliti Work Orders yang berlambak masuk, jadi tak sempat nak berceloteh panjang di sini.Oh ya… aku telah membaca semua komen kalian dalam entri lalu, tapi tidak punya waktu untuk memberi respon satu persatu. Jangan ambil hati, ya? Hari ini… aku nak letak gambar ini saja.

XgKk0gEJx4kac0upkYBNEVkt_500.jpg

Nak hisap lagi?


Sibuk Melampau

December 31, 2007 by mudin001 6 Comments

jmi0235l.jpg
(Imej oleh http://www.cartoonstock.com/)

Sibuk melampau. Cuti seperti tidak cuti. Aku kerja berterusan dari Jumaat lalu hingga hari ini (termasuk Sabtu dan Ahad). Boleh dikatakan tempat kerja ini rumah pertama, hanya balik ke rumah (kedua) untuk makan dan tidur. Tak sempat langsung untuk bermain-main dengan Adam. Ahh!

Untuk tidak membiarkan blog ini tidak dikemaskini terlalu lama, aku sekadar menjemput kalian untuk menghayati dua sajak terbaru Abah. Warkah Alam dan Aku pantang dicabar.

Jumpa lagi, selamat tahun baru 2008.
p/s: Woit… aku tanya apa pendapat kalian tentang tema baru blog ini? Kenapa diam membisu?


Technorati : ,