December 31, 2007 by
mudin001

(Imej oleh http://www.cartoonstock.com/)
Sibuk melampau. Cuti seperti tidak cuti. Aku kerja berterusan dari Jumaat lalu hingga hari ini (termasuk Sabtu dan Ahad). Boleh dikatakan tempat kerja ini rumah pertama, hanya balik ke rumah (kedua) untuk makan dan tidur. Tak sempat langsung untuk bermain-main dengan Adam. Ahh!
Untuk tidak membiarkan blog ini tidak dikemaskini terlalu lama, aku sekadar menjemput kalian untuk menghayati dua sajak terbaru Abah. Warkah Alam dan Aku pantang dicabar.
Jumpa lagi, selamat tahun baru 2008.
p/s: Woit… aku tanya apa pendapat kalian tentang tema baru blog ini? Kenapa diam membisu?
Technorati : puisi, sajak
Tags: sajak
Category
Lain-lain, Puisi
November 29, 2007 by
mudin001
Mahu kecek tentang apa hari ini? Aku boleh saja mengutuk dan mengeji Samy Vellu dan kerajaan BN atas kenaikan tol enam lebuhraya mulai tahun depan. Boleh juga mentertawakan si Nazri yang menggelarkan 20,000 peserta demonstrasi sebagai penyangak. Atau boleh juga cuba menyelami isi tulisan Mufti Perlis yang tidak suka politik tanpa prinsip.
Tapi aku malas. Sebetulnya, sejak kebelakangan ini aku mendapati nafsu memblog aku semakin susut. Hmm… aku perlukan rehat barangkali.
Jumpa esok kalau nafsu memblog aku masih belum hilang sepenuhnya.
Wassalam.
KARYA TERBARU ABAH: Kaulah Khalifah
[Oh ya, sebelum terlupa... hadiah yang aku janjikan untuk Pakchik telah pun sampai kepadanya. Nak tahu apa? Pergi tengok Pakchik buka bungkusan. Hehheh!]
Category
Am, Lain-lain
November 21, 2007 by
mudin001
Dapat email dari seorang rakan sekerja. Kandungannya seperti di bawah:

No money and no life, abanglah tu. Kata Ummu Adam.Haha!
MAKLUMAN: Seperti yang dijanjikan, esok aku akan menyiarkan wawancara bersama Isa Kamari di blog ini. Aku bahagikan kepada dua siri, bukan kerana wawancara itu panjang, tapi saja nak jimatkan entri. Haha!
PAUTAN: Kalau ada masa (35 minit), sila tonton video dari DUN Kelantan ini.
Jumpa lagi esok. Feed blog ini di sini.
Category
Kerjaya, Lain-lain