Archive for the ‘ Lain-lain ’ Category

Kecek-kecek tentang hadiah

November 16, 2007 by mudin001 15 Comments

Hadiah dari Ummu Adam & Adam sempena ulangtahun kelahiranku yang ke-26, dibungkus dengan pembungkus merah. Kotaknya besar.

IMAGE_00616

Apakah isinya? Siapa dapat meneka dengan betul akan dapat hadiah!

Adilkan? Satu hadiah untuk aku, satu hadiah untuk kamu. Dan Adikyah, aku masih menanti hadiah selipar baru dari kamu. Ok?

Mungkin mood aku sangat baik sekarang ini. Jadi aku akan berikan satu lagi hadiah. Hadiah ini adalah untuk pengomen terbanyak di KKTM 3.0. Aku rasa kalian semua boleh agak siapa dia. Kamulah tu Pakchik, ya kamu! Hehheh!

Sejak KKTM 3.0 dimulakan pada 20 September lalu, kedudukan 6 teratas senarai pengomen (tidak termasuk aku) ialah seperti berikut:

1. el (51 komen)
2. Adikyah (20 komen)
3. achik (15 komen)
4. name (15 komen)*
5. jowopinter (10 komen)
6. Tyrexia (10 komen)

(* kalaulah name tak guna banyak nama, mesti ada peluang nak menang kan? Heh!)

Jadi Pakchik, kamu akan aku hubungi dengan email untuk mendapatkan alamat. Lancer baru tak dapatlah nak bagi. Hehe!

Pakchik dah menang satu hadiah. Jangan lupa, masih ada dua hadiah ditawarkan oleh KKTM 3.0. Satu, sila rujuk entri ini. Dua, sila teka apa hadiah dalam bungkusan di atas.

Jumpa lagi. Feed blog ini di sini.

Wassalam.

25 + 1 =

November 15, 2007 by mudin001 13 Comments

Helvetica26

Semalam dan esok

November 9, 2007 by mudin001 16 Comments

SEMALAM

Keretaku sedang berjalan perlahan berdekatan Wangsa Maju menuju ke Taman Melawati. Tidak semena-mena, GEDEGUM!!! Keretaku tertolak ke depan. Ces! Ada orang langgar belakang. Berdasarkan bunyi yang kuat dan impak yang kami rasai di dalam kereta, aku menjangkakan keretaku remuk teruk. Tapi Alhamdullilah, hanya nombot plat yang pecah dan bumper yang senget sedikit.

IMAGE_00589_1

Bayangkan kalau aku memandu Persona? Heh!

Ini pula keadaan kereta yang melanggar kereta aku. Agak teruk juga.

IMAGE_00588_1

Dan dia telah bersetuju untuk membiayai perbelanjaan membaiki kereta aku. Esok akan ke bengkel. Dan bicara pasal…

ESOK

Ayuh kita semua bersama-sama dengan gelombang kuning. Masanya telah tiba, BERSIHkan Malaysia!

IMAGE_00585_1 IMAGE_00587_1

KEMASKINI: Pakchik El sarankan kita semua baca cerita Sheih tentang Pak Samad, dan apa kaitannya dengan esok? Baca, baca, jangan tak baca. Lepas itu jangan lupa untuk untuk turun esok. Ok?