Archive for the ‘ Pengurusan Hidup ’ Category

Hijau

October 3, 2007 by mudin001 8 Comments

traffic_light_green

 

Dalam perjalanan balik dari berbuka puasa di Sheraton Subang tadi, aku terperasan satu perkara. Lampu isyarat mesra dengan aku kali ini. Dari Sheraton sehingga ke Federal Highway, kalau tidak silap, aku perlu melalui tiga atau empat lampu isyarat. Dan setiap kali aku sampai ke lampu isyarat di sepanjang laluan itu, ia hijau. Dari Federal Highway ke rumahku, aku perlu melalui tiga lagi lampu isyarat. Kali ini semuanya hijau.

Alhamdulillah, aku suka. Lancar sahaja perjalanan. Begitulah kita manusia, apabila semuanya baik, hidup senang dan tiada masalah, kita gembira. Kadang-kadang kita lupa diri, laju sahaja. Kadang-kadang, kita perlukan juga lampu merah. Dalam hidup, kita perlukan saat untuk berhenti sejenak, muhasabah diri.

Banyakkan muhasabah di bulan Ramadhan ini.
Wassalam.

Tidur atau mati

September 26, 2007 by mudin001 7 Comments

20070925-sleep-old-man

Pendek umurkah aku?

Sleep deficiency can double your risk of death from heart disease, according to a study of Britons aged 35 to 55. Those whose nightly sleep fell from seven hours to five hours or less were 1.7 times as likely to die (compared with those who stayed at seven hours) over the next 11 to 17 years. Their risk of cardiovascular-related death was double.

Ops… tidur berlebihan rupanya lebih merbahaya.

Sleeping at least eight hours a night increased the risk of death even more than sleep deficiency did…

[Baca di sini][Kredit kepada lifehack.org]

Ops… aku nak balik tidurlah! (baca betul-betul, tidurlah bukan tidur Lah)

Wassalam.