July 2, 2009 by
mudin001
Sudahkah kalian membaca tulisan Dr Dzulkifly Ahmad yang dikatakan kontroversi itu? Kalau sudah, tolong terangkan kepada aku, apa yang tidak kena dengan tulisan itu. Bukan apa, aku bingung. Benarkah apa yang ditulis oleh Pak Bakaq, bahawa pencetakan sisipan Fikrah dalam Harakah diarahkan dihentikan walaupun telah dicetak sebanyak 40, 000 naskah hanya kerana terlepasnya artikel itu?
Kalaulah benar, hanya ada dua kemungkinan yang dapat aku fikirkan. Pertama, ada bahaya besar dalam artikel itu, yang tidak dapat aku kesan. Kedua, ada benda yang sangat tidak betul di Harakah dan PAS. Kalian pilihlah sendiri.
Apapun, berkait dengan Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya telah pun dikuburkan, pandangan yang sentiasa aku ikut dan rasa senang dengannya ialah tulisan-tulisan oleh Ustaz Zolkharnain Abidin. Berkait dengan isu terbaru debat Pemuda PAS-Pemuda UMNO, aku juga suka untuk bersetuju dengan tulisan beliau. Pemuda PAS dibawah pimpinan ketua barunya perlu lebih bijak berpolitik, jangan sampai terperangkap dengan kelicikan lawan. Aku percaya Us Nasrudin bukanlah terhegeh-hegeh mahukan UMNO. Jauh sama sekali. Hanya mungkin, tindakan-tindakan politik beliau kebelakangan ini dilihat kurang bijak.
Tags: Dzulkifly Ahmad, Fikrah, Harakah, Kerajaan Perpaduan, Pak Bakaq, PAS, UMNO
Category
Isu Semasa, Politik
June 29, 2009 by
mudin001

Mustapha Mohamad sering disebut sebagai antara segelintir politikus UMNO/BN yang bersih, boleh diharap, berprestasi baik.
Bagi aku, kenyataan itu adalah kenyataan dari manusia yang buta politik, bak seorang mufti yang tidak biasa dengan sejarah politik Islam. Kenyataan itu, samalah benarnya dengan mengatakan Pak Lah tidak pernah tidur semasa bertugas dan sama betulnya dengan mengatakan Najib Razak tidak kenal Razak Baginda.
Hakikatnya, itu adalah temberang yang maha besar. Semoga Manek Urai akan menghapuskan temberang itu selama-lamanya. Tidak rela lagi aku berMP kan politikus reject dari Bachok itu.
Selamatlah Tok Pa. Salam Manek Urai, dari Jeli dengan cinta.
Berkaitan: Kelantan makan Kelantan
Tags: BN, Jeli, Kelantan, Manek Urai, Mustapha Mohamad, Najib Raza, Pak Lah, UMNO
Category
Isu Semasa, Politik
June 28, 2009 by
mudin001

Rupanya sudah lama juga aku tidak mengemaskini blog Puisi Abah, walaupun sebenarnya masih banyak karya-karya Abah yang belum dimasukkan.
Apapun, nikmati karya terbarunya: Degilnya Seorang Pemandu Keretapi
Pada telahan aku, ia adalah suatu tribut untuk Tok Guru Nik Aziz yang kini kecoh pula dengan tuduhan sesat/komunis terhadap UMNO. Ia sehinggakan Tuan Guru Muhyiddin Yassin menempelaknya dengan kata, minta ampun kepada Tuhan!
Hahaha! Insaf gua beb!
Tags: Abah, komunis, Muhyiddin, Nik Aziz, sajak, UMNO
Category
Isu Semasa, Politik, Puisi