Archive for the ‘ Politik ’ Category

Kuali mengata belanga hitam - Malaysiakini

November 13, 2008 by mudin001 2 Comments

Tiada situasi yang lebih benar untuk menjelaskan peribahasa di atas daripada apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini ini: Nazri tells Dr M: Don’t be ‘celupar’

Hahaha!

Lawak apa lagi yang cuba dibuat Nazri. Seingat aku, tiada yang lebih celupar dari Nazri dalam kerajaan Barisan Nasional. Lupakan si Bung Kinabatangan, dia dari spesis yang berbeza, walaupun bermazhab sama dengan Nazri, dan juga Mahathir. Cuma kebelakangan ini, kulihat Jamaluddin Jarjis seperti beruk kena belacan, terloncat-loncat di Parlimen. Entah apa yang mahu direbut aku tidak tahu.

Ah! Lupakan aja pasal mereka. Sekadar jadi bahan lawak boleh, tapi jangan sampai obses.

Kembali baca buku, babai!

Barack Obama (3) dan Bersih 1011

November 9, 2008 by mudin001 No Comments

1. Barack Obama

Terus mengikuti dan membaca berita-berita dan komentar-komentar setelah kemenangan bersejarah Obama, ada kerisauan baru yang muncul, menutup sedikit demi sedikit pintu harapan yang sebelumnya dibuka luas-luas. Apatah pula, dengan bisik-bisik bernada tidak enak terhadap Iran. Cakaplah apapun terhadap Iran yang Syiah, aku menganggap Iran adalah benteng terakhir umat Islam pada masa kini.

Kerisauan yang dimaksudkan adalah Obama akan menjadi lebih zionis dari zionis.

2. Bersih 1011

Aku memakai t-shirt Bersih hari ini, tanpa menyedari esok genaplah setahun peristiwa bersejarah itu. Aku kekal meyakini bahawa perhimpunan Bersih setahun yang lalu adalah faktor utama kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya Mac lalu. Iya, perhimpunan itu mungkin tidak berjaya menjadikan tuntutan-tuntutannya dipenuhi oleh SPR yang terpaksa akur kepada tuannya UMNO/BN. Tapi perhimpunan itu mempunyai kesan yang lebih besar terhadap menyatukan rakyat marhaen menentang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa regim UMNO/BN. Setahun berlalu, aku masih tetap berbangga dengan disiplin dan profesionalisme PAS (khususnya Unit Amal) dalam menjayakan perhimpunan tersebut. Dua catatan aku sejurus selepas berlangsungnya perhimpuan Bersih tahun lalu boleh di baca di sini dan sini.

Barack Obama (2)

November 6, 2008 by mudin001 6 Comments

1. Barack Obama masih menjadi berita dan cerita. Di mana-mana. Media arus perdana mahupun blog-blog. Rata-rata, semua bercakap tentang beliau Presiden Amerika Syarikat pertama berkulit hitam. Rata-rata bercakap tentang harapan dan perubahan.

2. TG Nik Aziz juga tidak ketinggalan untuk berbicara tentang Obama.

Katanya, dengan kemenangan mudah Obama menewaskan John McCain dari Parti Republican itu diharap dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa mengenai Islam melalui dasar pemerintahan yang lebih baik.

Tambahnya, diharap Islam akan diterima satu hari nanti oleh masyarakat antarabangsa dan bukannya hanya membenci dan menyamakan Islam dengan keganasan.

3. Sekurang-kurangnya ada dua harapan Tok Guru dalam petikan di atas. Tidak salah untuk mengharap bukan? Kata Tok Guru lagi, kekalahan McCain adalah kerana berkawan dengan si jahat Bush.

“Kalau kawan dia jahat, awal-awal lagi orang ini pun ada minat jahat, McCain tak bernasib baik berkawan dengan Geoge W Bush yang minum darah manusia di Iraq, Afganistan. Di akhirat dia akan bertanggungjawab,” katanya.

4. Sekarang kita lihat siapa ‘kawan’ Obama yang telah ditawarkan jawatan Chief of Staff Rumah Putih, Rahm Emanuel. Anak kepada ahli kumpulan Irgun, sebuah militan Zionis yang ideologinya ialah:

“every Jew had the right to enter Palestine; only active retaliation would deter the Arabs and the British; only Jewish armed force would ensure the Jewish state”.

Dan Rahm Emanuel sendiri mengakui:

“I am proud of my heritage and treasure the values it has taught me.”

5. Jadi soalannya sekarang, bolehkah Obama dan ‘kawan’nya Rahm Emanuel diharap? Mari kita baca yang ini pula: Why Muslims Will Regret Voting for Obama

7. Erm… harapan dan perubahan. Adakah aku seorang pesimis?

Sebagai rekod, antara tulisan-tulisan lain di blogosfera berkaitan Obama: