December 31, 2007 by
mudin001

(Imej oleh http://www.cartoonstock.com/)
Sibuk melampau. Cuti seperti tidak cuti. Aku kerja berterusan dari Jumaat lalu hingga hari ini (termasuk Sabtu dan Ahad). Boleh dikatakan tempat kerja ini rumah pertama, hanya balik ke rumah (kedua) untuk makan dan tidur. Tak sempat langsung untuk bermain-main dengan Adam. Ahh!
Untuk tidak membiarkan blog ini tidak dikemaskini terlalu lama, aku sekadar menjemput kalian untuk menghayati dua sajak terbaru Abah. Warkah Alam dan Aku pantang dicabar.
Jumpa lagi, selamat tahun baru 2008.
p/s: Woit… aku tanya apa pendapat kalian tentang tema baru blog ini? Kenapa diam membisu?
Technorati : puisi, sajak
Tags: sajak
Category
Lain-lain, Puisi
November 27, 2007 by
mudin001
Setelah menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh, aku mula hilang minat kepada TV. Tidak pasti kenapa. Mungkin kerana sudah jarang berpeluang menonton di TV di asrama.
Apabila musim cuti sekolah, TV tidak lagi menarik perhatianku. Aku lebih suka membaca novel-novel Sidney Sheldon dan John Grisham yang dikirimkan oleh kakakku dari UK ketika itu. Apabila tiada novel baru untuk dibaca, aku akan mengulang baca novel-novel yang telah dibaca. Antara novel yang menjadi favourite aku ketika itu, ialah novel yang memperkenalkan Sidney Sheldon kepada aku, The Doomsday Conspiracy. Novel ini berkali-kali aku baca, malah nama heronya, Commander Robert Bellamy masih aku ingat sampai ke hari ini.
Selain itu, aku juga akan menyelongkar almari usang dirumah itu, mencari bahan menarik yang boleh dibaca. Antara koleksi Abah yang ada didalam almari itu adalah kitab-kitab agama jawi yang tidak menarik pun perhatianku, satu set Eksiklopedia Britannica dan macam-macam lagi. Antara yang aku jumpa adalah buku Merantau ka-Deli karya Hamka cetakan 1965 ini.

Tapi apa yang paling menarik di dalam almari usang itu adalah koleksi diari-diari lama dan kad-kad kecil Abah. Diari-diari itu dipenuhi dengan sajak-sajak tulisan Abah yang tidak aku fahami langsung pada tika itu. Sekarang, aku tidak pasti koleksi itu masih tersimpan elok atau tidak.
Nampaknya, Abah sememangnya tidak pernah berhenti berkarya. Sebagai orang yang turut mengikuti blog ini, beberapa hari lalu, Abah menyatakan hasrat untuk memuatkan karya-karya beliau di blog ini.
Jadi untuk abah, terbinalah blog Puisi Abah. Silalah kesana, dan berdiskusilah di bahagian komennya. Ok?
Kalian boleh juga ke laman ini.
Oh ya, jika kalian belum menjawab dua soalan tinjauan di sebelah kanan blog ini, sila berbuat demikian. Tolong ya?
Itu saja untuk hari ini.
PAUTAN PILIHAN: ADUN Paloh ini tidak mahu kalah dengan rakan-rakannya di Parlimen. Sidang DUN Kelantan tercemar, Nozula tendang Zaki Ibrahim!
[Tonton videonya di sini]
Category
Blog, Buku, Puisi