Kecek-kecek: Kasut, Gapena dan Hudud

December 25, 2008 by mudin001 2 Comments

Salam semua. Selamat bercuti hari Natal.

1. Masih tentang kasut. Abang blogger Said Mirro mengulas panjang lebar tentang kasut. Tidak pernah dalam sejarah manusia kasut dibicarakan sebegitu sekali, mungkin? Terima kasih kepada Muntadhar al-Zaidi. Sila lihat juga We do not condone shoe-throwing, but we prefer it to war. (Terima kasih Rol).

2. Sejak bila Gapena kelihatan seperti ada ‘telur’? Harapnya jangan hangat-hangat tahi ayam. Atau mereka mungkin akan jadi mangsa balingan kasut aku yang pertama.

3. Ah! Jangan tanya aku tentang polemik hudud itu. Aku bosan. Sejujurnya, isu itulah yang menyebabkan tercetusnya idea untuk menulis Aku hanya ada Sepasang Kasut.

p/s. Terima kasih kepada Deen untuk header image yang cantik kat atas tu. Apa kata kalian, ok tak?

Aku hanya ada sepasang kasut

December 23, 2008 by mudin001 10 Comments

65692090old-shoes-764968

Ikutkan hati
Mahu saja aku baling kasutku
ke muka pemerintah itu
yang mahu pergi
mahupun yang bakal naik
kerana mereka dan anak beranak
serta kroni
negara porak peranda
rakyat melarat

Ikutkan hati
Mahu saja aku baling kasutku
ke muka ahli politik itu
yang hanya tahu
berbalah sana sini
retorik siang dan malam
kerja satu pun tak jadi
negara jadi taruhan
rakyat yang rugi

Ikutkan hati
Mahu saja aku baling kasutku
ke muka ulama itu
yang hanya pandai berkhutbah
dan berhukum fatwa
siddik amanah entah dimana
tabligh fatonah pun tak ada
rakyat terpinga-pinga, punah!

Tapi apakan daya,
aku hanya ada sepasang kasut
untuk dipakai mencari makan
nak dibeli yang baru, aku melarat
tak kerja, siapa nak sara anak bini aku?
akhirnya,
aku rakyat hanya fikir periuk nasi sendiri

Nak harapkan pemerintah?
Lihat rangkap pertama
Nak harapkan ahli politik?
Lihat rangkap kedua
Nak harapkan ulama?
Lihat rangkap ketiga

Ah… kalaulah aku punya lebih dari sepasang kasut…

- mudin001, 23 Disember 2003 -

Guna kanak-kanak - Malaysiakini

December 22, 2008 by mudin001 3 Comments

Bising di sana-sini perihal Sultan Selangor marah pihak-pihak tertentu yang menggunakan kanak-kanak untuk kepentingan politik.  Malaysiakini melaporkan, baginda mahu tindakan diambil.

Ah! Untuk makluman baginda Sultan, ini bukan benda baru. Sudah berzaman diamalkan.  Kalau nak ambil tindakan, ambillah. Tapi jangan pilih-pilih.

Buat permulaan, apa kata siasat Dato’ Pa?

:)