October 16, 2008 by
mudin001

Ya. Objek terbang itu adalah belon Spongebob kepunyaan Adam yang terlepas kerana pemberat yang diikat pada talinya terputus. Tak sempat aku sambar, tinggi sekali ia terbang. Harapan aku, Spongebob ini tidak akan menyebabkan mana-mana penumpang kapal terbang pengsan kerana muncul secara tiba-tiba di luar tingkap.
Tiada yang dapat meneka dengan tepat. Hadiahnya aku simpan ke lain kali. Bukankah sudah kukatakan, jawapannya ada di blog ini. Jikalau kalian perhatikan di sebelah kanan blog ini, di ruangan Foto Tok Mudin, ada gambar belon Spongebob tersebut.
Berbalik kepada cerita Adam tadi, kejadian berlaku pada hari konvokesyen Mok Oye (adik aku) di UIA, Ogos lalu. Gambar-gambar boleh lihat di sini. Terpaksalah aku gantikan belon Spongebob itu dengan yang lain.

Kali ini Adam memilih Ultraman (yang lebih besar dan mahal, ceh!). Tengoklah bagaimana dia memegangnya kali ini, takut terlepas lagi. Ya, Adam juga mengerti, pisang jangan dibiarkan berbuah dua kali.
Tags: Adam, Spongebob, teka-teki, Ultraman
Category
Famili, Foto
September 3, 2008 by
mudin001
Hari ini, ada masa luang sedikit untuk memuatnaikkan gambar-gambar ke Flickr. Tersenyum sendiri aku tengok gambar ini. Agaknya siapa yang lebih seronok?
Gambar diambil beberapa sehari selepas kami berpindah ke rumah baru. Playground tu betul-betul di hadapan rumah. Tapi dah lama juga tak bawa Adam keluar main-main di situ. Petang nanti, kalau sampai awal di rumah, kena bayar hutanglah…
Tags: Adam
Category
Famili, Foto
August 13, 2008 by
mudin001
Sepanjang bermusafir hampir dua minggu ini, ada beberapa perkembangan yang menarik minat aku untuk dikecekkan di sini. Pertamanya, aku agak terkejut dengan tulisan Us Nasrudin Tantawi yang menyarankan PAS keluar Pakatan Rakyat jika Islam tidak dapat dominan dalam kerajaan yang bakal dibentuk oleh PR. Aku kurang bersetuju dengan saranan itu. Insya Allah, kalau ada masa aku tulis tentang itu.
Kedua, tentang forum ‘Memeluk Islam’. Dan ketiga, tentang TG Nik Aziz ‘menghalalkan’ kronisme.
Tapi semua itu, akan aku kecekkan kemudian bila aku benar-benar ada masa dan ruang untuk meneliti dengan sebenar-benar teliti. Tidak seronok juga mahu menulis isu-isu berat dalam keadaan kepenatan bekerja. Tambahan pula, aku sedang homesick. Tidak sabar mahu jumpa Adam, Alya dan Ummi mereka. Tambahan pula setelah membaca tulisan Ummu Adam yang ini:
Semalam Ummi ambil Adam dan Alya agak lambat..dekat pukul 8pm baru sampai nusery. Ummi tanya Adam ” Siapa bawak kereta?”. Adam jawab” Baba bawak keta”. ” Bukanlah, Mok La lah..”
Balik rumah Adam tanya” Baba mana? Baba mana?” Lepas tu Adam terus baring atas kusyen. Diam je tak nak bercakap..Hmmm Adam rindu kat Baba. Ye lah dah 8 hari Baba tak ada kat rumah..Alya dan Ummi pun rindu kat Baba jugak…
Semenjak Baba tak de kat rumah, Adam jadi semakin independent. Dah boleh diharap anak lelaki Ummi ni..tolong bawakan beg, tolong letakkan pinggan dekat sink..tapi nak tergelak betul semalam. Ummi suruh letak bekas nestum Adik dalam sink, dia pergi letak atas dapur..hahahahaha..Buat susu pun nak buat sendiri dah…
Kadang2 Adam naik keretanya sambil pakai helmet ” Adam nak g cari papes kat Adik..kat Giant”…oh sudah besar rupanya anakkku ini. Kadang-kadang apa yang belaku kat sekolah pun dia sudah pandai bercerita..”Abang Asyraf demam, abang asyraf makan ubat, abang asyraf nangis”
Lusa Baba balik…nanti kita semua pakat jemput Baba di KLIA ok

Adam minum air nyor dengan Baba semasa Reunion Smach di Bagan Lalang ‘08
Tags: Adam
Category
Am, Famili, Foto