November 1, 2008 by
mudin001

* Muka macam ada keputusan berat yang perlu diambil. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
** Hakikatnya, itu muka orang yang kempunan mahu mendaki Ledang. Ditinggalkan di bilik penginapan. Kemudian dibiarkan memanjat tebing di hadapan bilik sebagai ganti.
Tags: Adam, Martin Luther King Jr.
Category
Famili, Foto, Quote
October 29, 2008 by
mudin001
Mac tahun lalu, ketika kami memborong buku di jualan gudang MPH, Adam masih kecil. Belum punya adik.

Mac 2007, Adam di jualan gudang MPH
Ahad lalu, dia sudah pandai memilih buku sendiri. Memegang dua buah buku, apabila ditanya mahu yang mana satu. Mahu dua-dua, itulah jawabnya.

Oktober 2008, Adam di jualan gudang MPH
Dan hasilnya, inilah yang kami bawa pulang.

Semuanya dengan harga RM109.00
Gambar-gambar lain boleh lihat di sini.
Ada sesiapa yang ke sana minggu lepas? Apa yang kalian beli?
NOTA: Novel First Impression oleh Jude Deveraux itu adalah untuk dijual. RM 16. Belum digunakan. Ummu Adam terbeli, balik ke rumah baru sedar dia sudah ada senaskhah novel yang sama. Kalau berminat, boleh hubungi Ummu Adam di noorwalida@gmail.com
Tags: Adam, Buku, MPH
Category
Buku, Famili, Foto
October 16, 2008 by
mudin001

Ya. Objek terbang itu adalah belon Spongebob kepunyaan Adam yang terlepas kerana pemberat yang diikat pada talinya terputus. Tak sempat aku sambar, tinggi sekali ia terbang. Harapan aku, Spongebob ini tidak akan menyebabkan mana-mana penumpang kapal terbang pengsan kerana muncul secara tiba-tiba di luar tingkap.
Tiada yang dapat meneka dengan tepat. Hadiahnya aku simpan ke lain kali. Bukankah sudah kukatakan, jawapannya ada di blog ini. Jikalau kalian perhatikan di sebelah kanan blog ini, di ruangan Foto Tok Mudin, ada gambar belon Spongebob tersebut.
Berbalik kepada cerita Adam tadi, kejadian berlaku pada hari konvokesyen Mok Oye (adik aku) di UIA, Ogos lalu. Gambar-gambar boleh lihat di sini. Terpaksalah aku gantikan belon Spongebob itu dengan yang lain.

Kali ini Adam memilih Ultraman (yang lebih besar dan mahal, ceh!). Tengoklah bagaimana dia memegangnya kali ini, takut terlepas lagi. Ya, Adam juga mengerti, pisang jangan dibiarkan berbuah dua kali.
Tags: Adam, Spongebob, teka-teki, Ultraman
Category
Famili, Foto