Posts Tagged ‘ Akta Hasutan ’

Pak Bakaq, Allah bersama yang Haq!

August 7, 2008 by mudin001 5 Comments

Aku hanya mendapat tahu tentang penangkapan Pak Bakaq kira-kira jam 12 tengahari tadi melalui blog Sheih. Namun aku tidak sempat untuk mendapatkan lebih maklumat kerana kekangan kerja. Hanya sekarang aku baru dapat melayari blog-blog untuk mendapatkan lebih maklumat tentangnya. Rupanya beliau akan direman untuk satu malam lagi. Sebab penangkapan adalah tidak jelas, walaupun dikatakan di bawah Akta Hasutan.

Pak Bakaq adalah antara segelintir blogger yang aku pernah bersua muka. Walaupun tulisan-tulisannya sering saja menjadi kontroversi, dan beliau dituduh bermacam-macam, secara peribadi, aku tidak pernah bermasalah dengan apa yang ditulisnya. Mungkin kerana aku tahu beliau menulis memang ikhlas dari hati, yang tidak punya apa-apa kepentingan.

Pak Bakaq, aku bersamamu dan aku doakan kamu kuat. Aku tahu yang kamu pun tahu, bahawa Allah sentiasa bersama yang Haq, bukan kerana kamu Bakaq Haq! Salam perjuangan dari Kuching.

Yang lain, kalau ini boleh berlaku kepada Pak Bakaq, ingatlah bahawa ia boleh berlaku kepada siapa sahaja. Apakah agaknya pilihan yang ada untuk kita?

Berkaitan: