January 5, 2009 by
mudin001
Sebenarnya, diam lebih baik dari aku menulis entri ini. Tapi biasalah, dah dasar blogger tegar. Haha!
Dalam sehari menjelajah bumi berTuah yang menDato’kan Shah Rukh Khan, antara topik yang terkeluar dari mulut ketika bersembang ialah perilaku beberapa orang besar negara yang suka sangat bercakap seolah-olah otak letak dilutut.
Di atas sekali dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi, yang menyalahkan si perempuan yang dikatakan menghina Rasulullah saw melalui blognya. Si perempuan berkenaan telah pun menafikan blog itu kepunyaannya. Bagaimana kamu mahu memantau blog yang bukan kepunyaan kamu? Haha!
Terbaru, orang yang sama kini memfitnah MB Perak yang kemudiannya menyifatkan Zahid Hamidi sebagai ‘pemfitnah besar dan pembohong yang dahsyat’. Haha!
Boleh juga dimasukkan dalam senarai manusia seperti Zahid Hamidi ini ialah Hamid Albar, Ali Rustam (terbaru, layang-layang sebagai kokurikulum di sekolah), dan Najib Razak.
Najib Razak contohnya, cuba menghalang kerajaan negeri Perak dari memberi hak milik pegangan kekal kepada 11 penduduk Kg Baru Kuala Sungai Rui di Gerik. Aku yang lupa-lupa ingat sejarah pun rasanya tahu hal tanah adalah dibawah bidang kuasa negeri. Ceh!
Oleh itu, untuk orang-orang yang aku sebutkan di atas dan mereka yang seumpama dengannya, ketahuilah. Diam lebih baik dari bercakap.
Salam diam.
Tags: Ali Rustam, Melaka, Najib Razak, Shah Rukh Khan, Syed Hamid Albar, Zahid Hamidi
Category
Politik
January 4, 2009 by
mudin001
Penat semalam masih belum hilang. Penat semalam bukan penat biasa. Penat orang selesema yang kemudiannya menggila. Tanpa dirancang, sehabis bersembang dengan muka-muka yang sudah lama tidak bersua di majlis walimah Kak Ieka, kami menjelajah bumi berTuah yang menDato’kan Shah Rukh Khan.
Ke Zoo Melaka, melihat Noni, Teh dan Raja, gajah-gajah yang pandai menari. Juga harimau dan singa kemalasan, tidur terkangkang menjadi tontonan. Kemudiannya ke pameran The Science of Aliens di MITC. Sempat menghantar beberapa mesej bergambar ke angkasa lepas. Entahlah siapa yang akan membaca dan memahami mesej cinta itu.
Kegilaan itu bersambung di Umbai Baru, meratah sepahat (spesis yang baru aku tahu kewujudannya), sotong, ketam, siakap dan jenahak. Hasilnya dalam penat, lelah, selesema, kekenyangan dan mengantuk, kami hanya tiba kembali di kamar sendiri sekitar jam 2.30 pagi.
Itu ringkasan cerita. Tengoklah kalau rajin, aku bercerita lagi, dengan gambar-gambarnya sekali.
Cuma satu, Ali Rustam, senaraikan nama aku untuk anugerah Dato’ tahun ini ya?
Tags: Ali Rustam, Shah Rukh Khan, Umbai, Zoo Melaka
Category
Am, Famili