Posts Tagged ‘ Altantuya ’

Selamatlah Khairy!

April 9, 2009 by mudin001 12 Comments

khairy

1.  Ramai penulis blog menulis bahawa Khairy Jamaluddin adalah Ketua Pemuda UMNO pertama tidak diberikan jawatan dalam kabinet.

2. Silap. Zahid Hamidi ketika menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO juga tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet Mahathir. Manakala Naib Ketua pada ketika itu, Hishamuddin diberikan jawatan menteri.

3. Jadi tidak hairanlah apabila dalam kabinet Mahathir II, perkara yang hampir sama berlaku.

4. Kepada Khairy Jamaluddin, janganlah gundah gulana. Jadikan Zahid Hamidi sebagai role model.  Mulakan dengan mengecam Najib sehebat-hebatnya dalam perhimpunan agung UMNO tahun depan. Lontarkan isu-isu KKN dengan Altantuya sebagai perencahnya.

5. Kemudian, buatlah PhD. Dan belajarlah agama sedikit sebanyak, agar boleh memetik satu dua ayat Al-Quran. Sekurang-kurangnya setanding dengan Nga Kor Ming.

6. Jangan lupa, kerjakan haji di Mekah, dan anjurkan tarian separa bogel untuk menghormati masyarakat Cina. Pasti, jawatan Menteri Pertahanan akan jadi milik kamu suatu hari nanti.

Selamat.

Selamatlah Najib!

April 4, 2009 by mudin001 4 Comments

1. Kalau sebelumnya aku mengucapkan Selamat Lah untuk Pak Lah, kali ini, Selamatlah Najib, PM Malaysia ke-6. (Dan yang terakhir dari UMNO, Insya Allah.)

2. Ya, ungkapan ‘Selamatlah Najib’ itu juga terpulang kepada kalian, untuk menafsirkannya bagaimana.

3.  Apapun, Najib sememangnya tahu bagaimana untuk menjadi populis. Dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik penggantungan terhadap Harakah dan Suara Keadilan, menunjukkan beliau sedar perlunya menjadi populis diawal pemerintahannya. Persoalan ikhlas atau tidak, tidak perlu diungkit. Itu bukan soalnya, soalnya adalah survival politik Najib (dan UMNO/BN). Khususnya mendepani tiga PRK terdekat.

4. Apapun yang Najib lakukan, beliau tidak kelihatan bersih dan amat malang baginya, kerana tidak dilihat cuba membersihkan diri. Adakah beliau hanya mahu bergantung pada masa, dan mengharapkan rakyat akan lupa? Malang.

5. Malang kerana hantu Altantuya tidak dilihat akan berdiam diri. Dan mungkin akan terus mengganas. Dan cuba andaikan situasi yang digambarkan oleh bumilangit di sini, adalah benar. ‘Selamatlah Najib’ mungkin tidak lama. Persoalan yang sebenarnya adalah selamatkah Najib? Dan selamatkah Malaysia?

1msia-tombstone-400x1

Selamat!

Najib akan digantung

March 28, 2009 by mudin001 3 Comments

hanged

Bukan. Bukan Najib Tun Razak, bakal Perdana Menteri Malaysia itu.

Tapi Ahmad Najib Aris, yang didapati bersalah membunuh seorang perempuan warga Malaysia (bukan Mongolia), Canny Ong. Bukan. Bukan Altantuya.

Rayuannya ditolak.

* Untuk imej diatas, kalian boleh gunakan imaginasi sendiri, siapa yang tergantung, dan siapa ‘big mama’ itu. :)