Posts Tagged ‘ Alya Wafiyah ’

Satu saf

June 22, 2009 by mudin001 2 Comments

Bersama-sama berjuang dalam satu saf yang padu.

Bersama-sama berjuang dalam satu saf yang padu.

Keputusan telah dicapai. Kenyataan TG Nik Aziz:

“Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

“Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.”

Videonya boleh ditonton di sini. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Bincang

by mudin001 2 Comments

Adik-beradik sedang bersidang. Ke mana hala tuju? Kerajaan perpaduan atau Pakatan Rakyat?

Orang makan orang menjadi-jadi

May 21, 2009 by mudin001 5 Comments

P1172824

Gambar hiasan: Che Mek Alya makan 'cek mek'.

Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan aku membaca tulisan YB Zul ini. Takut, sedih, resah semua ada.

Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku dari segala kejahatan. Amin.