September/Ramadhan dan apa yang aku baca
Kalau Abe Said Mirro mengatakan progresnya dalam pembacaan pada Ramadhan yang baru berlalu masih belum baik walaupun dapat menghadam tiga buah buku, maka progres aku tersangatlah buruk.
Rupanya masa untuk membaca menjadi begitu terhad, hanya hujung-hujung minggu yang dapat digunakan. Itupun, setelah keletihan melayani Adam dan Alya. Maka, hanya sebuah buku yang aku habiskan sepenuhnya, walaupun ada juga membelek-belek buku lain seperti Falsafah Hidup (Hamka), Dilema Melayu (Dr. Mahathir) dan Menjawab Persoalan Fikah Harian (Haron Din).
Buku yang dimaksudkan ialah Once Removed oleh Andrew Leci. Sebetulnya ia adalah sebuah diari seorang expatriate bernama Graham Wallace. Mengekori kehidupannya selama enam bulan di Malaysia pada 2007, memang menyebabkan aku tidak kering gusi, sengih sendirian. Lawaknya memang lawak. Haha!
Tapi itu sajalah. Hiburan semata. Tidak banyak yang boleh diambil dari buku ini, selain merasa jelek dengan kehidupan manusia tidak beragama, hidup seolah-olah tidak bertujuan. Kerja, seks, minuman keras, mabuk, bola sepak. Hrmm… minta dijauhkan diriku dan keluargaku dari kehidupan sebegitu. Moga hidup sentiasa dalam hidayah Allah.
Kalian, baca apa?















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com