Posts Tagged ‘ Anwar Ibrahim ’

Manusia Saat Ini - Nik Abdul Aziz

June 24, 2009 by mudin001 2 Comments

dsc09292

(Imej dicilok dari sini)

1. Dengan tenangnya ‘kocak secangkir kopi’ (meminjam Muhamin Sulam), berbagai pujian diberikan kepada TG Nik Aziz kerana kebijaksanaannya dalam menangani kocak tersebut.

2. Prof Hamirdin menyifatkannya sebagai pengakhiran yang tiada cacat celanya, an immaculate end. Namun, ada juga yang mengutuk.

3. Bagi aku sendiri, walau pada mulanya melihat tindakan Tok Guru agak keterlaluan terhadap Ust Nasha, kini dapat melihat rasionalnya tindakan itu. Mungkin, kalau tidak kerana ‘kemarahan’ Tok Guru itu, soal kerajaan perpaduan ini masih belum dikuburkan.

4. Ya, harapnya soal itu benar-benar dikuburkan. Untuk betul-betul menguburkannya, punca masalah perlulah dikenal pasti dan ditangani. Jangan pula disembunyikan di bawah tilam sahaja. Nanti ada pula hantu yang mengganggu ketenangan. Cepat-cepatlah penghalau hantu yang hebat-hebat di dalam PAS mengambil tindakan. Tak gitu Ustaz Haron Din?

5. Berbalik kepada man of the moment, TG Nik Aziz. Pengulas buku yang aku suka, Amir Muhamad juga tidak ketinggalan untuk mengulas buku Tok Guru, Telaga Budi. Kebetulan, atau sememangnya pilihan buku yang tepat untuk diulas pada masa ini? Apapun, aku suka dengan ulasannya itu.

6. Sedikit tentang kerajaan perpaduan. Kata Anwar, Pakatan Rakyat kini lebih mantap. Tapi apa agaknya komen PAS (terutamanya PAS Kedah) dengan cadangan agar PKR dan DAP membentuk ‘kerajaan perpaduan’ dengan BN di Kedah?

7. Ah, adakah kerajaan perpaduan belum benar-benar berkubur, atau hantu yang sudah mula keluar dari kubur?

Fakta Perak

February 5, 2009 by mudin001 8 Comments

happyfacesgloomyfaces(Sumber: Penyamun yang menang judi)

1. Mohd Nizar dari PAS masih Menteri Besar Perak. (Malaysiakini)

2. Sekurang-kurangnya sehingga Sultan Perak mengumumkan keputusannya. Ya, nasib Perak sekarang bergantung kepada Sultan Perak, yang dikatakan antara Sultan yang paling berpelajaran dan bijaksana. Harapnya kebijaksanaan baginda akan terserlah esok.

3. Sebagaimana bijak pun Sultan Perak, sebagaimana bijak pun Najib Razak dan sebagaimana bijak pun Anwar Ibrahim, masih ada yang lebih bijak. Yang Maha Bijaksana. Kita merancang, mereka merancang, perencanaan Allah jua sebaik-baik perancangan.

Salam.

Kecek-kecek: Buy-election, Ezam, Iran, Palestin, Malaysiakini

January 15, 2009 by mudin001 3 Comments

1. Pengundi PRK Kuala Terengganu yang memangkah BN, kemudiannya mengambil gambar kertas undi akan dibayar RM1000. Wow! Baca tulisan Pak Bakaq. Seseorang memberi komen di situ:

Dicadangkan supaya pengundi membawa pemadam. Lepas pangkah BN dan ambil gambar kemudian padam balik dan pangkah PAS. Selesai. Lepas tu tuntut duit dengan BN.

Aku setuju. Haha!

2. Ezam si raja kotak. Mengatakan si dia ini sangat mengecewakan adalah satu understatement. Apa salahnya dengan surat-surat Anwar kepada Mahathir itu. Kalian belum baca ya? Baca di sini.

Aku mengharapkan surat-surat yang lebih power, menggemparkan bak bom-bom zionis di Palestin. Kalau itu sahaja yang dia ada, sia-sia saja menyimpan kotak-kotak itu sebegitu lama. Umpama menyimpan surat-surat cinta monyet. Lebih malang lagi, dia bukanlah si pengirim mahupun penerima surat tersebut, hanya posmen!

Baca juga komentar ini dan juga Malaysiakini.

3. Komentar menarik kenapa Iran tidak turut serta (secara langsung) dalam perang di Palestin. Ah! Jangan kalian mulakan polemik Sunni-Syiah di sini. Aku bosan, dan aku hanya ada satu perkataan untuk orang seperti itu. Bangang!

4. Masih soal Palestin. So how? Tanya sahabat aku, Said Mirro.

5. Mesti baca: Kecelaruan Prasangka Yang Tidak Kena Masa