Posts Tagged ‘ Anwar Ibrahim ’

Mempolitikkan Pak Lah

August 23, 2008 by mudin001 17 Comments

PakLah_headache.jpegAku hairan. Apa hal dengan rakyat Malaysia di bulan merdeka ini, terutamanya blogger? Sudahlah bendera tidak dikibarkan, dan kalau dikibarkan pun, mahu dikibarkan terbalik, setiap gerak geri Pak Lah cuba dipolitikkan? Apa ni?

Bila Pak Lah cuba-cuba naik LRT, dipolitikkan. Dikatakan bahawa Pak Lah desperate mahu naikkan populariti.

Bila kerajaan Pak Lah turunkan harga minyak sebanyak 15 sen hari ini, dipolitikkan. Dikatakan bahawa Pak Lah desperate mahu menang di Permatang Pauh. Takutkan Anwar.

Apa ni? Henti-hentikanlah mempolitikkan Pak Lah. Kesian orang tua tu. Kalian tak gheti bersyukurkah?

Tok Mudin: Heh! :D

Sarawak bergelap, babi hutan dan Anwar Ibrahim

August 9, 2008 by mudin001 4 Comments

Aku terbang meninggalkan Kuching jam 3.50 petang tadi, beberapa jam sebelum seluruh Sarawak bergelap. Nasib baik. Hehheh!

Tiba di Kota Kinabalu, keadaannya sangat berbeza dengan Kuching. Rata-ratanya, orang KK lebih banyak senyum berbanding orang Kuching. Kenapa ya? Di dalam teksi ketika dalam perjalanan dari lapangan terbang ke hotel petang tadi, aku secara tidak sengaja telah menggamatkan suasana di dalam teksi. Aku seolah-olah telah menghalakan percikan api ke tangki yang penuh bahan bakar apabila bertanyakan pemandu teksi itu, bagaimana kehidupannya sebagai pemandu teksi di sini.

Terus terhambur segala caci maki terhadap kerajaan, khususnya terhadap ketuanya yang mengahwini ipar sendiri. Salah satu perkataan yang terkeluar dari mulutnya adalah babi hutan. Berdekah-dekah aku dan rakan sekerjaku ketawa, walaupun sebenarnya isu yang dibincangkan itu tidak layak untuk diketawakan sebagai bahan jenaka. Katanya, dia sangat-sangat mengharapkan Anwar Ibrahim menang, dia tidak mahu Pak Lah, apatah lagi Najib.

Samalah kita semua, kataku. Tapi agaknya siapa yang tidak mahu Anwar menang itu, Tok Guru?

Debat minyak: 24 jam kemudian…

July 16, 2008 by mudin001 8 Comments

Dengan penahanan Anwar Ibrahim hari ini, masih relevankah debat semalam?

Kelegaan semalam, menyaksikan Anwar menggunakan sepenuhnya masa dan ruang yang terhad dengan baik untuk menjelaskan kepada rakyat alternatif yang ada, hujah-hujahnya belum pun sempat dicerna lagi, lesap begitu saja. Sepertimana lesapnya Anwar, terhumban dalam sangkar kezaliman UMNO/BN. Dan yang sebenarnya terkurung, bukan hanya Anwar, tapi juga kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat jelata. Sampai bila???

Walaupun penangkapannya itu sudah dijangka, hati tetap terkena kesan yang dalam, walaupun aku bukanlah pemuja Anwar. Datuk Seri, doa kami sekeluarga bersamamu.

Lenakah tidur kamu malam ini, wahai marhaen? Selamat malam!