May 7, 2009 by
mudin001
1. Membuat kesilapan itu lumrah bagi setiap manusia. Memang telah dinukilkan setiap anak Adam tidak sunyi dari kesilapan. Tidak kira siapa, rakyat hina-dina mahupun raja.
2. Membuat keputusan yang silap, dan melihat natijah yang huru-hara kerana keputusan yang silap itu. Kemudian berdiam diri, tidak mengakui kesilapan, dan tidak membetulkan benda yang silap walaupun boleh, ia adalah perbuatan bebal lagi membebalkan. Tidak kiralah siapa pelakunya.
3. Nota kecil untuk peminat Arsenal, terutamanya abe Said Mirro, jangan sampai bunuh diri. Tidak sanggup aku untuk membaca berita seorang bapa dari Shah Alam menggantung diri memakai jersi bertulis Arshavin dibelakangnya. Haha!
Tags: Arsenal, Perak
Category
Am, Isu Semasa, Politik
August 31, 2008 by
mudin001
Aku menyambut merdeka dengan caraku sendiri. Peduli apa orang kata aku patriotik atau tidak. Mahu tahu apa yang aku lakukan? Menonton perlawanan Arsenal menentang Newcastlelah. Melihat Arsenal dimerdekakan dari persembahan buruk di Fulham, menewaskan Newcastle dengan penuh bergaya, menimbulkan rasa merdeka yang tersendiri dalam jiwaku. Hanya peminat Arsenal yang memahami, pastinya.
Apapun. Merdeka!!!
Dan esok atau lusa, kita bakal memasuki sekali lagi madrasah Ramadhan, memburu objektif yang utamanya ialah taqwa. Semoga semua cemerlang di Ramadhan kali ini. Salam Ramadhan.
Akhir sekali, renungkan sajak dari Abah ini, Kemana Distinasi.
Tags: Arsenal, Merdeka, Ramadhan, sajak
Category
Am, Puisi
June 16, 2008 by
mudin001
Hari ini aku mahu lari seketika dari membicarakan tentang BN dan kehebatan mereka. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Hari ini kita kecek-kecek tentang bola. Sekarang inikan sedang hangat dengan aksi Euro 2008.
Pembaca setia KKTM 3.0 pasti tahu bahawa aku adalah peminat Arsenal. Dan jika kalian perasan, aku telah memulakan sebuah blog baru, Kecek-kecek Arsenal pada sebulan yang lalu. Baru ada tiga entri di blog itu. Terbaru, aku mengintai-intai persembahan pemain-pemain di kejohanan Euro 2008 dan menyenaraikan pemain yang aku harapkan akan menyarung jersi Arsenal pada musim yang akan datang. Sila baca: Intai Euro2008: Siapa kalian mahu untuk Arsenal? dan nyatakan pendapat kalian di sana.
Jangan lupa juga untuk membaca dua entri terdahulu di sini dan sini.
Jumpa lagi. Wassalam.
Tags: Arsenal, Euro 2008, Kecek-kecek Arsenal
Category
Blog