Posts Tagged ‘ atonement ’

Januari dan apa yang aku TAK baca

February 6, 2008 by mudin001 18 Comments

Semalam, aku bicara soal buku yang kubaca bulan lalu. Hari ini aku nak kecek-kecek pula soal buku yang aku tak baca. Ya… ada jutaan buku-buku diluar sana yang tak akan mampu untuk aku baca seumur hidupku. Maksudku ialah buku yang ada dalam koleksiku dan ingin kubaca tapi belum berpeluang membacanya.

Dinasti_Bush.jpgDinasti Bush Dinasti Saud sudah lama menjadi milikku, sejak 2006. Tapi aku berhenti membacanya ditengah jalan. Setepatnya tak sampai pun separuh, mahu menghabiskan bab pertama pun merangkak-rangkak. Mungkin kerana bahasa Indonesianya sukar atau… entahlah!

Novel Atonement karya Ian McEwan pula aku beli ketika jualan murah PayLessBooks sekitar pertengahan tahun lalu, dan tersadai sepi dikalangan buku-buku yang belum kubaca sejak dari itu. Membaca tulisan Sharon Bakar di Bibliobibuli tentang buku ini mengingatkan aku untuk memulakan membaca buku itu. Tengoklah, mungkin setelah aku menghabiskan novel Siddharta yang sedang kubaca sekarang.

Dan ini pula, buku yang masuk kategori not-my-type. Haha!

Hidupkan budaya membaca! Tapi ingat, ilmu boleh dipelajari, tapi kebijaksanaan tidak.

Jumpa lagi.