Mac dan apa yang aku TAK baca
Hari ini hari kedua pesta buku. Aku tak akan ke sana hari ini. Mungkin esok. Mungkin. Sesiapa yang telah ke sana, bolehlah kongsikan pengalaman. Apa yang kalian beli, siapa yang kalian jumpa dll.
Hari ini aku akan kecek tentang buku lagi. Tentang buku-buku yang ingin aku hadam dan kutip mutiaranya, tapi masih belum punya kesempatan. Buku-buku itu termasuklah Dari Beirut ke Jerusalem , Ang Swee Chai dan Blind Spot , Dzulkifli Ahmad. Bro Said Mirro (baca: side mirror) dah habis baca Blind Spot?
Growing Up in Trengganu , oleh Awang Goneng yang banyak diperkatakan orang itu juga telah lama mengisi rak buku aku, tapi belum mula di baca. So’od dah sampai mana baca buku ini?
Ditambah lagi dengan dua buah buku kiriman Sis Khairyn yang baru tiba beberapa hari lalu, The Battle for God dan The Spiral Staircase, kedua-duanya oleh Karen Armstrong, aku benar-benar perlu menjadikan membaca sebagai ‘kerja’.
Jadi, patutkah aku ke pesta buku? Wajarkah?












Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com