June 29, 2009 by
mudin001

Mustapha Mohamad sering disebut sebagai antara segelintir politikus UMNO/BN yang bersih, boleh diharap, berprestasi baik.
Bagi aku, kenyataan itu adalah kenyataan dari manusia yang buta politik, bak seorang mufti yang tidak biasa dengan sejarah politik Islam. Kenyataan itu, samalah benarnya dengan mengatakan Pak Lah tidak pernah tidur semasa bertugas dan sama betulnya dengan mengatakan Najib Razak tidak kenal Razak Baginda.
Hakikatnya, itu adalah temberang yang maha besar. Semoga Manek Urai akan menghapuskan temberang itu selama-lamanya. Tidak rela lagi aku berMP kan politikus reject dari Bachok itu.
Selamatlah Tok Pa. Salam Manek Urai, dari Jeli dengan cinta.
Berkaitan: Kelantan makan Kelantan
Tags: BN, Jeli, Kelantan, Manek Urai, Mustapha Mohamad, Najib Raza, Pak Lah, UMNO
Category
Isu Semasa, Politik
June 24, 2009 by
mudin001

(Imej dicilok dari sini)
1. Dengan tenangnya ‘kocak secangkir kopi’ (meminjam Muhamin Sulam), berbagai pujian diberikan kepada TG Nik Aziz kerana kebijaksanaannya dalam menangani kocak tersebut.
2. Prof Hamirdin menyifatkannya sebagai pengakhiran yang tiada cacat celanya, an immaculate end. Namun, ada juga yang mengutuk.
3. Bagi aku sendiri, walau pada mulanya melihat tindakan Tok Guru agak keterlaluan terhadap Ust Nasha, kini dapat melihat rasionalnya tindakan itu. Mungkin, kalau tidak kerana ‘kemarahan’ Tok Guru itu, soal kerajaan perpaduan ini masih belum dikuburkan.
4. Ya, harapnya soal itu benar-benar dikuburkan. Untuk betul-betul menguburkannya, punca masalah perlulah dikenal pasti dan ditangani. Jangan pula disembunyikan di bawah tilam sahaja. Nanti ada pula hantu yang mengganggu ketenangan. Cepat-cepatlah penghalau hantu yang hebat-hebat di dalam PAS mengambil tindakan. Tak gitu Ustaz Haron Din?
5. Berbalik kepada man of the moment, TG Nik Aziz. Pengulas buku yang aku suka, Amir Muhamad juga tidak ketinggalan untuk mengulas buku Tok Guru, Telaga Budi. Kebetulan, atau sememangnya pilihan buku yang tepat untuk diulas pada masa ini? Apapun, aku suka dengan ulasannya itu.
6. Sedikit tentang kerajaan perpaduan. Kata Anwar, Pakatan Rakyat kini lebih mantap. Tapi apa agaknya komen PAS (terutamanya PAS Kedah) dengan cadangan agar PKR dan DAP membentuk ‘kerajaan perpaduan’ dengan BN di Kedah?
7. Ah, adakah kerajaan perpaduan belum benar-benar berkubur, atau hantu yang sudah mula keluar dari kubur?
Tags: Amir Muhamad, Anwar Ibrahim, BN, DAP, Haron Din, Nasharudin, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Telaga Budi
Category
Isu Semasa, Politik
June 16, 2009 by
mudin001


(Sumber: Kelab Greenboc)
1. Rasanya elok saja semua pimpinan PAS mematuhi arahan tutup mulut yang telah dikeluarkan. Tidak terkecuali sesiapa pun, termasuk Ustaz Nasha. Malah, terutamanya Ust Nasha. Untuk kebaikan PAS, dan kedudukan beliau sendiri yang semakin menjadi bahan cerca orang. Sedih juga melihatnya begitu.
2. Aku tak tutup mulut? Ah, aku hanya blogger cikai yang tak dibaca orang.

3. Walau ada suara-suara yang mengejinya sebagai melampau, tidak beradab dan kebudak-budakkan, aku menyetujui tindakan Nizar itu. Itulah suara rakyat yang tidak mahu didengar oleh BN. Malangnya bagi mereka, suara itu akan tetap bergema, sama ada mereka mendengar atau tidak adalah perkara kedua.
4. Riak wajahnya menggambarkan kemahuan marhaen. Itu adalah riak wajah pejuang golongan yang tertindas. Bukan riak wajah golongan elitis yang menari di tepi kolam renang pada malam ‘menghangatkan’ rumah nilaian berjuta ringgit.
5. Pada keberanian Nizar, aku mengharapkan cetusan keberanian kepada seluruh rakyat untuk menolak jauh-jauh UMNO/BN. Dan keberanian itu juga perlu ada pada pimpinan-pimpinan PAS yang lain, walau mungkin ada tawaran-tawaran yang menggiurkan.
6. Dan kepada semua rakan blogger pula, berani tulis berani tanggung!
Tags: BN, Mukhriz Mahathir, Najib Razak, Nasharudin, Nizar, PAS, UMNO
Category
Isu Semasa, Politik