Kecek-kecek Buku: Siddharta
Siddharta oleh Herman Hesse. BobbyT kata, tiada apa-apa yang istimewa tentang buku ini. Ya, mungkin benar. Tiada apa yang istimewa. Tapi bagi aku, buku ini sarat dengan pengajaran yang boleh diambil bagi mereka yang mahu berfikir. Mengisahkan tentang perjalanan seorang pemuda mencari diri. Dibesarkan dengan ajaran agama (Hindu) yang kuat, Siddharta tidak menemui apa yang dicari dari ajaran itu. Dia mengembara, menjadi samana (pertapa), kemudiannya meninggalkan pertapaan dan terjerumus dalam keseronokan dunia. Apa yang dicari masih belum ditemui. Dan akhirnya beliau berhenti mencari dan mula menemui.
Siddharta akhirnya berguru dengan sungai dan penambang sampan. Dia mengingatkan aku tentang kisah Imam Al-Ghazali yang selalu Abah ceritakan kepadaku, bahawa beliau (Al-Ghazali, mufti Mesir itu) juga pernah berguru dengan tukang kasut.
Jadi, apa yang aku pelajari dari buku ini? Kalaulah ada yang aku perolehi, lebih baik kuungkapkan dalam kata-kata Siddharta sendiri apabila ditanya oleh sahabatnya Govinda:
Aku mempunyai pandangan dan juga pemahaman. Kadangkala selama satu jam atau satu hari aku merasai pengetahuan dalam diriku sebagaimana orang merasai kehidupan dalam hatinya. Ada bermacam-macam pandanganku, tetapi sukar bagiku untuk menyatakannya kepadamu. Tengoklah, Govinda, ini adalah satu daripada pandangan yang menarik hatiku: kebijaksanaan tidak boleh diungkapkan. Kebijaksanaan yang cuba diungkapkan akan kedengaran seperti suatu kebodohan.
Oh… aku juga belajar politik dari Siddharta. Kata-katanya ini yang merujuk kepada Buddha, boleh juga diaplikasikan terhadap orang-orang politik:
Dengan gurumu yang agung itu, aku lebih menyukai benda dari kata-kata. Tindakan dan kehidupannya lebih penting bagiku daripada tutur katanya, gerak tangannya lebih penting daripada pendapatnya. Keagungannya tidaklah terletak pada ucapan dan pemikirannya, tetapi pada amalan dan cara hidupnya.
Nilai apa yang mereka buat, bukan apa yang mereka janjikan. Sebab itu, biarlah apa yang orang kata tentang TG Nik Aziz, biarlah orang kata beliau selalu tersalah cakap, aku menilai kehidupannya. Dan biarlah apa pun yang Pak Lah cuba sampaikan, kita tahu apa yang dia dan keluarganya buat!













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com