Latest Blog Posts
- Baca@Mei
Pertamanya, hari ini adalah ulangtahun ke-5 perkahwinan aku dan Ummu Adam mengikut kalendar Masehi. Hanya satu permintaan, doakan kami sekeluarga sentiasa dalam keberkatan, keredhaan Allah, dunia dan akhirat.
Baik, apa pencapaian pembacaan aku bulan lalu? Sama seperti bulan April, empat buah buku:
1. 13 Mei Sebelum dan Selepas, Tunku Abdul Rahman
2. Beruk, Azizi Abdullah
3. 1 Funny [...]- Comments: 3 Category: Buku
- Ingin Jadi Nasrallah
Kalaulah tidak kerana gambar-gambar FT yang besar-besar, buku ini tentu akan mendapat rating lebih tinggi dari aku berbanding 3 bintang yang aku berikan sekarang. Apapun motifnya, aku agak skeptikal dengan gambar-gambar FT yang memenuhi ruang (ada 18 keping gambar yang memuatkan FT, belum dikira gambar-gambar lain di dalam buku setebal 80 muka surat ini). Cuba [...]
- Comments: 4 Category: Buku, Puisi
- 13 Mei Sebelum Dan Selepas
Komunis. Komunis. Komunis. Gerakan. DAP. PAS. Komunis. Komunis. Komunis. Dr Mahathir. Judi. Komunis. Komunis. Komunis.
Nah, aku sepatutnya mengambil masa seminit saja membaca buku ini. Kan?
Obsesnya Tunku terhadap komunis – tanpa mempersoalkan akan benar atau tidaknya versi Tunku ini – maka semua adalah salah komunis. Seperti obsesnya para ustaz dan penceramah-penceramah agama terhadap Yahudi – semua [...]- Comments: 2 Category: Am, Buku, Isu Semasa, Politik
- Baca@April
Okeh. Empat buah buku yang aku baca dan habiskan sepanjang April 2010 adalah:
1. Kemuncup Dalam Perjuangan, Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. Snow, Orhan Pamuk
3. Wabak Sepanjang Jalan, Dr. Al Sayed Muhammad Noh
4. Blind Spot – the Islamic State debate, NEP and other issues, Dr Dzulkifli Ahmad
Kalian?- Comments: 3 Category: Buku
- Buku baru dari The Book Depository!
Kalau The Malaysian Reader baru sahaja menerima bukunya dari Amazon-UK, aku pula baru menerima dua buah buku dari The Book Depository (juga dari UK) semalam. Kedua-duanya buku terbitan dari sana.
Dengan penghantaran percuma, harganya lebih murah daripada membeli sendiri di Kinokuniya (belum dikira kos parking dll). Tambahan pula, aku membayarnya dengan duit that was never mine. [...]
- Comments: 4 Category: Buku
- Bila Allah Menduga Kita
Aku hampir terlupa dengan tawaran Pak Alwi Alatas untuk menghadiahkan buku tulisannya Bila Allah Menduga Kita, dengan syarat, sedikit ulasan ringkas tentang buku itu di blog. Sehinggalah terbaca ulasannya di blog Kak Najibah. Maka aku terus menghubungi Pak Alwi, dan selang tidak berapa lama, senaskhah buku itu menjadi milikku.
Bukan senang untuk menulis ulasan tentang buku [...]- Comments: 1 Category: Buku, Islam, Pengurusan Hidup
- Tak sempat nak ke pesta buku…
(Imej dicilok dari laman sifu PTS)
Cerita kurang baik: Aku tak sempat nak ke pesta buku tahun ini. Walaupun memang dah simpan RM1000 untuk itu (kheh!). Memang sudah rancang untuk ke sana Sabtu nanti. Itu saja masa luang yang aku ada. Dan hari ini, masa luang itu dinafikan dari menjadi milik aku. Perlu kerja pula di [...]- Comments: 3 Category: Am, Buku, Isu Semasa


