Posts Tagged ‘ Chris Gardner ’

The Pursuit of Happyness

January 22, 2008 by mudin001 10 Comments

200px-Poster-pursuithappyness.jpg

Oleh kerana kebosanan yang melampau, bersendirian di rumah, hujung minggu lalu aku melakukan sesuatu yang sudah lebih setahun tidak aku lakukan. Aku membeli beberapa keping DVD cetak rompak.. haha!

Salah satu movie yang dibeli ialah The Pursuit of Happyness lakonan Will Smith. Wow! Cerita ini sangat memuaskan hati, sangat ‘inspiring‘ kata orang puteh. Aku pasti dah ramai yang menonton filem ini, jadi aku tak mahu mengulas panjang. Cuma, untuk mereka yang belum menonton filem ini, kalau kalian perlukan sesuatu untuk memotivasikan diri, perlukan inspirasi, hidup bergelumang dengan masalah, mudah putus asa, filem ini adalah mesti tonton!225px-Chrisgardner.jpg

Ia adalah kisah benar tentang bagaimana Chris Gardner berjaya mengeluarkan dirinya dari kesempitan hidup. Tiada pendapatan tetap, perlu menyara anak, hidup merempat… akhirnya sekarang menjadi jutawan. Babak yang paling mengusik jiwa aku adalah ketika Chris dan anaknya terpaksa tidur di dalam tandas di stesen LRT (aku tak tahu apa orang Amerika panggil benda tu).

Ini kali pertama aku bercerita tentang filem di blog ini, kerana aku memang tidak banyak menonton movie. Dan itu juga bermakna aku sangat sukakan filem ini. Tontonlah kalau belum. Filem ini kini adalah antara filem favourite aku selain The Shawshank Redemption dan Gladiator.