Kecek-kecek cukup syarat
Bila sudah jarang menulis, maka bila mahu menulis kembali, ia jadi satu benda yang sukar. Walaupun punya idea, meluahkannya menjadi satu entri blog jadi satu masalah. Apatah lagi jika ideanya kering. Begitulah aku malam ini. Kering.
Jadi, coretan aku malam ini hanya sekadar pencukup syarat. Esok, aku perlu bangun lebih awal dari biasa. Perlu berada seawal 7.15 pagi di KLIA untuk agar tidak terlepas penerbangan ke Kuching. Aku akan berada di sana selama 5 hari, dan kemudiannya di Kota Kinabalu selama enam hari. Harapnya aku akan punya ruang untuk mengemaskini blog ini dari sana. Insya Allah.
Untuk kali ini, kalau kalian belum membacanya, bolehlah jenguk-jenguk tulisan ini, In memory of Fadzil Noor. Elok juga dibaca bersama dengan yang ini.
Jumpa lagi. Wassalam.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com