Posts Tagged ‘ Forum memeluk Islam ’

Memeluk Islam

August 14, 2008 by mudin001 7 Comments

Mungkin isu ini sudah sedikit sejuk. Tapi cukuplah sekadar mengatakan pendirian aku tentang isu ini sangat dekat dengan apa yang ditulis oleh Hasbullah Pit di sini. Kebetulan, sepanjang bermusafir ini, aku berpergian bersama seorang rakan sekerja bukan Muslim yang rupanya sangat mengambil berat juga persoalan sosio-politik di Malaysia ini. Jarang dapat punya peluang berbincang pelbagai isu politik, agama, hubungan antara kaum dengan seorang rakan sekerja, apatah lagi bukan Muslim. Kiranya, aku perlu rasa bertuah. Kerana ada perkara yang dapat kami bincang dan saling memperjelaskan.

Kembali kepada forum ‘Memeluk Islam’. Ya, kerisauan mereka yang bukan Islam, seperti yang ditulis oleh Jed Yoong di sini, ada benarnya. Dan inilah yang perlu difahami oleh kita semua orang Islam, sebelum melatah keterlaluan. Dan seruan penggunaan ISA ke atas penganjur forum itu, adalah sangat-sangat keterlaluan.

Kenyataan yang paling waras barangkali, dalam pengamatan aku, adalah seperti yang diutarakan oleh Dr Dzulkifli Ahmad di sini. Mungkin, kita orang Islam, perlu lebih banyak belajar dan berusaha untuk memahami, daripada mengharapkan difahami.

Wallahua’lam.

Berkaitan: