May 17, 2009 by
mudin001
1. Kata Muhaimin Sulam, turun ke jalanan adalah demokrasi. Perhimpunan raksasa adalah demokrasi. Ayuh ke jalanan untuk memuliakan diri, katanya. Aku setuju, berkali-kali setuju. Sungguh. Ayuh, bangkit!
2. Dan dengan kemenangan tanpa bertanding oleh TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS, diharapkan beliau akan memainkan peranan yang lebih berkesan untuk mengemudi kebangkitan rakyat yang seterusnya. Kebangkitan itu pasti akan berlaku, pasti!
3. Selaras dengan agenda kebangkitan rakyat ini, maka aku melihat Mohamad Sabu sebagai orang yang paling sesuai antara lima calon yang layak bertanding Timbalan Presiden. Maka dengan ini, aku memberi sokongan kepada gandingan Hj Hadi-Mohamad Sabu untuk memimpin PAS. Itupun, kalau sokongan aku ada nilai.
Wassalam.
Tags: Hj Hadi, Mohamad Sabu, PAS, Perak
Category
Politik
April 23, 2009 by
mudin001
1. Kalau aku mahu berbahasa kasar dan berkurang ajar, akan kukatakan, apekejadahnya dicalonkan TG Nik Aziz sebagai Presiden PAS?
2. Bukan mahu mengatakan TG Nik Aziz tidak layak menjadi Presiden PAS. Layak, malah lebih dari layak. Sebab itulah beliau dilantik jadi Mursyidul AM, kedudukan paling tinggi dalam hierarki PAS.
3. Tapi pencalonan TG Nik Aziz itu bagi aku, smells fishy. Ada udang di sebalik batu. Suatu tindakan desperate untuk menyingkirkan TG Hj Hadi sebagai presiden, tapi tidak mempunyai calon yang mampu menandingi beliau, melainkan TG yang satu lagi. Perbuatan apakah itu kalau bukan melaga-lagakan? Apapun, aku yakin TG Nik Aziz jauh lebih bijak dan tinggi hemahnya. Hentikanlah perbuatan mengadu domba.
4. Jangan salah anggap bahawa aku menolak pertandingan dalam PAS. Malah sebaliknya. Bertandinglah semahunya, mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Tiada masalah. Malah, kalau benar TG Nik Aziz mahu bertanding juga (haha!). Bertandinglah. Tiada masalah.
5. Tapi, aku merasakan TG Hj Hadi masih orang yang selayaknya dan paling sesuai untuk berada di kerusi Presiden.
6. Untuk Timbalan Presiden pula, aku cenderung untuk bersetuju dengan pandangan FT, di sini.
7. Naib Presiden? Husam - bolehlah. Nizar - kalau takpun, sekurang-kurangnya MT. Mujahid Yusof Rawa -ini calon aku!. Hehheh!
Selamat memilih dengan suasana penuh ukhuwwah. Salam.
Tags: Hj Hadi, Husam Musa, Mohamad Sabu, Mujahid, Nik Aziz, Nizar, PAS
Category
Isu Semasa, Politik
April 21, 2009 by
mudin001
Tersentak tapi tidak terkejut bila TG Hj Hadi mengatakan ahli-ahli PAS tidak banyak membaca.
“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,
“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Kita sememangnya sering didoktrinkan bahawa rakyat Malaysia kurang membaca. Sama ada ia fakta atau mitos, entahlah. Maka bila rakyat Malaysia kurang membaca, maka logiklah agaknya bila ahli PAS yang semuanya rakyat Malaysia, juga kurang membaca. Fakta atau mitos? Pedulikan. Kalau ia fakta, mari kita sama-sama mengubahnya. Kalau ia mitos, mari kita sama-sama menghapuskannya.
Sebenarnya, aku percaya bahawa rakyat Malaysia cintakan buku. Dan lebih-lebih lagi ahli dan penyokong PAS. Aku sendiri, ketika mula-mula berjinak dengan jemaah dan haraki, buku Fiqh Harakah TG Presiden adalah bacaan utama. Malah dikhatamkan lebih dari sekali.
Kalaupun ahli-ahli PAS sudah semakin kurang membaca, mungkin kerana mereka sendiri disibukkan dengan kerjaya dan juga kerja-kerja parti. Tapi tak apalah, membaca ini sebenarnya perlu dibudayakan. Ketika di kampus dan bersama dengan rakan-rakan yang kaki buku, maka terbeleklah juga buku. Oleh itu, kalau mahu menghidupkan kembali ghairah membaca, kenalah mendekati kelompok pembaca juga.
Kerana itulah, di sini, aku mahu mengajak semua (terutamanya ahli-ahli PAS yang dikatakan kurang membaca), menyertai Goodreads. Baca seruan Kak Najibah, moderator Malaysians@Goodreads, di sini.
Hidupkan ghairah membaca, buktikan rakyat Malaysia amnya, dan ahli PAS khususnya, banyak membaca.
Salam!
Tags: Buku, Goodreads, Hj Hadi, Malaysia, PAS
Category
Budaya Membaca, Buku, Politik