Latest Blog Posts
- Panjangkan cuti bersalin!
(Sumber)
Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran PAS pimpinan TG Nik Aziz telah lama memberikan cuti bersalin 90 hari kepada kaki tangannya. Dan langkah itu sepatutnya telah diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain. Tidak terkecuali, kerajaan Malaysia. Apa lagi yang ditunggu?- Comments: 1 Category: Am, Isu Semasa, Politik
- Kecek-kecek: Awang Adek
1. Barangkali bekas bakal MB Kelantan ini tidak pernah tersedar dari mimpi yang diciptakan untuknya sebelum PRU ke-12 yang lalu.
2. Ataupun kerana terlampau banyak menipu dan berbohong, penipuan dan pembohongan sudah menjadi perkara biasa, atau mungkin menjadi benar untuknya. Maka mungkin dia terpedaya dengan mimpi palsu ciptaan sendiri, bangkit tidur beberapa hari lalu seolah-olah UMNO/BN [...]- Comments: 3 Category: Isu Semasa, Politik
- Kecek-kecek: TG Nik Aziz
1. Satu topik yang aku tidak akan berhenti dan bosan untuk berkecek-kecek adalah tentang kehebatan manusia yang bernama Nik Aziz bin Nik Mat ini.
2. Gambar di atas adalah contoh kerendahan hati seorang Menteri Besar dan ulama besar. Menjadi makmum kepada orang biasa (meminjam kata AMBU). Apatah lagi melihat kedudukan beliau itu, besar kemungkinan beliau yang [...]- Comments: 2 Category: Am, Politik
- Husam Musa dan Anual Bakhri
Husam Musa
Jumaat (8/1/10) petang, aku dalam perjalanan pulang dari Ipoh dan hampir tiba ke KLCC untuk menjemput Ummu Adam ketika telefon bimbit aku berdering. Ia panggilan dari Ummu Adam, “Baba, cepat sikit, Husam Musa ada di Tower 1 ni”. “Habis tu apa kena mengena pula Husam ada di situ dengan Baba?,” tanyaku. “Boleh ambil gambar,” [...]- Comments: 3 Category: Politik, Puisi
- Lepas pecah perut, Bang Na-jib jadi batu?
Selepas didoakan pecah perut, adakah Bang Na-jib akan menjadi batu kerana menderhaka kepada janji bapanya?
Malangnya, Dato’ Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah [...]
- Comments: 2 Category: Isu Semasa, Politik
- Hujan
Aku di Kelantan. Sampai di kampungku kira-kira jam 9 malam semalam. Hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan pulang bermula dari Taman Melawati lagi. Rintik hujan bertukar menjadi lebat selepas melepasi Gua Musang. Dengar khabarnya, jalan Gua Musang-Kuala Krai sudah ditenggelami air di beberapa tempat.
Rancangannya, aku hanya pulang menghantar Ummu Adam dan anak-anak pulang bercuti. Aku pula akan [...]- Comments: 3 Category: Am
- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
Sebagai anak jati Kelantan dan penyokong PAS, ada dua peristiwa penting atau sekurang-kurangnya menarik berlaku hari ini, Sabtu 7 November 2009.
Pertama, perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Bukit Jalil antara Kelantan menentang Negeri Sembilan. Awal pagi tadi, ketika berkunjung ke Giant Kinrara, terserempak dengan Cikgu Che Wil, jurulatih bola sepak Sains Machang. Ada apa [...]- Comments: 12 Category: Am, Isu Semasa
- Unplugged2
Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu
Masih ingat pantun itu? Itu adalah pantun yang dibacakan oleh YAB Tok Guru Nik Aziz pada perasmian ECER dulu. Ingat lagi? Eh, apa jadi dengan koridor-koridor Pak Lah itu semua ya? Apapun, ucapan Tok Guru di majlis tersebut turut dimuatkan dalam [...]- Comments: 3 Category: Buku, Islam, Politik


