Posts Tagged ‘ Koh Tsu Koon ’

Kecek-kecek mengasah gunting…

August 21, 2008 by mudin001 7 Comments

Sebetulnya, senyapnya aku untuk beberapa hari ini bukan kerana tidak ada apa yang ingin dikecekkan. Tapi sebaliknya, terlalu banyak dan ketinggalan pula. Oleh itu, aku memilih untuk diam sahaja. Dan apabila terlalu lama diam, jadi sukar untuk memulakan kembali. Umpama gunting yang lama tidak digunakan, tumpul jadinya. Bila gunting sudah tumpul, Tok Mudin tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi malam ini, kiranya aku boleh tersenyum dan boleh berterima kasih kepada dua rancangan TV yang telah memberikan sesuatu untuk aku kecekkan di blog ini.

Pertamanya, Buletin Utama yang menyiarkan berita Pak Lah mengkurang ajarkan Sheih kerana saranannya untuk mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik. Jawapan Sheih boleh dibaca di sini. Ketika menonton berita itu, terlintas di fikiran, adakah Sheih juga akan mengikut jejak langkah Pak Bakaq? Kalau ya, Pak al-Husseyn, jaga-jaga, kamu mungkin blogger seterusnya. Heh!

Keduanya, debat kontroversi tanah antara Lim Guan Eng dan Koh Tsu Koon. Kalau Guan Eng banyak melafazkan ’saya kesal’ dan Tsu Koon pula dengan ’saya kecewa’ sepanjang debat itu, aku pula lebih banyak tersenyum. Aku tidak berminat untuk menganalisa siapa menang dan siapa kalah dalam debat itu. Cukuplah sekadar menyatakan aku gembira. Program sebegini sepatutnya sudah lama menjadi budaya kita. Bukan menunjukkan aksi lucah di khalayak pada hari penamaan calon yang dijadikan budaya. Mungkin selepas ini kita boleh melihat Pak Sheih berdepan dengan Pak Lah berdebat tentang patriotisme? Dan Pak Bakaq berdebat dengan Musa Hassan tentang polis baik dan polis jahat? Atau Hasbullah Pit mahu memanjangkan muqabalahnya dengan Shahrir Samad dalam bentuk debat?

Tok Mudin: Senyum saja. :)

Berkaitan: