September 7, 2008 by
mudin001
Kalaulah benar apa yang diberitakan di sini, bahawa Tan Sri Khalid menganggap perbuatan meninjau mangsa ribut sebagai membuang masa dan wang, mungkin Tan Sri boleh menasihatkan rakan sejawatnya dari Pulau Pinang untuk buat benda lain yang lebih bermanfaat. Ini kerana berdasarkan gambar-gambar dibawah menunjukkan Lim Guan Eng sedang membuang masa dan perlu lebih belajar dari Tan Sri untuk menguruskan wang rakyat.
(Gambar di salin tampal dari sini tanpa kebenaran.)
Itu kalau Tan Sri masih mahu berpegang kepada pendapat itulah. Kalau Tan Sri rasa sudah buat silap, mungkin boleh belajar dari wakil-wakil rakyat PAS apa itu maksud KBSM (Kahwin Beranak Sakit Mati).
Berkaitan:
Tags: DAP, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat, PAS, PKR
Category
Isu Semasa, Politik
August 21, 2008 by
mudin001
Sebetulnya, senyapnya aku untuk beberapa hari ini bukan kerana tidak ada apa yang ingin dikecekkan. Tapi sebaliknya, terlalu banyak dan ketinggalan pula. Oleh itu, aku memilih untuk diam sahaja. Dan apabila terlalu lama diam, jadi sukar untuk memulakan kembali. Umpama gunting yang lama tidak digunakan, tumpul jadinya. Bila gunting sudah tumpul, Tok Mudin tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi malam ini, kiranya aku boleh tersenyum dan boleh berterima kasih kepada dua rancangan TV yang telah memberikan sesuatu untuk aku kecekkan di blog ini.
Pertamanya, Buletin Utama yang menyiarkan berita Pak Lah mengkurang ajarkan Sheih kerana saranannya untuk mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik. Jawapan Sheih boleh dibaca di sini. Ketika menonton berita itu, terlintas di fikiran, adakah Sheih juga akan mengikut jejak langkah Pak Bakaq? Kalau ya, Pak al-Husseyn, jaga-jaga, kamu mungkin blogger seterusnya. Heh!
Keduanya, debat kontroversi tanah antara Lim Guan Eng dan Koh Tsu Koon. Kalau Guan Eng banyak melafazkan ’saya kesal’ dan Tsu Koon pula dengan ’saya kecewa’ sepanjang debat itu, aku pula lebih banyak tersenyum. Aku tidak berminat untuk menganalisa siapa menang dan siapa kalah dalam debat itu. Cukuplah sekadar menyatakan aku gembira. Program sebegini sepatutnya sudah lama menjadi budaya kita. Bukan menunjukkan aksi lucah di khalayak pada hari penamaan calon yang dijadikan budaya. Mungkin selepas ini kita boleh melihat Pak Sheih berdepan dengan Pak Lah berdebat tentang patriotisme? Dan Pak Bakaq berdebat dengan Musa Hassan tentang polis baik dan polis jahat? Atau Hasbullah Pit mahu memanjangkan muqabalahnya dengan Shahrir Samad dalam bentuk debat?
Tok Mudin: Senyum saja.
Berkaitan:
Tags: debat, Koh Tsu Koon, Lim Guan Eng, Pak Bakaq, Pak Lah, Penarik Beca, Sheih Kickdefella
Category
Isu Semasa, Politik