Posts Tagged ‘ Malaysia Today ’

ISA 3, adakah lagi yang bakal menyusul?

September 13, 2008 by mudin001 9 Comments

Semalam, tiga orang telah ditahan oleh kerajaan zalim UMNO/BN dibawah ISA. RPK, Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Che Daily), dan Teresa Kok mungkin hanyalah permulaan kepada operasi Pak Lah untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Sama ada ‘butang kecemasan’ yang ditekan itu akan benar-benar menyelamatkannya atau lebih menghuru-harakan keadaan, itu sama-samalah kita tunggu.

Ada orang kata, padan muka Raja Petra. Islam dihina sesedap hati di lamannya yang aku tidak iktiraf sebagai sebuah blog (RSSnya dimana?). Orang yang sama juga mungkin akan berkata yang sama terhadap Teresa Kok. Padan muka dia, tak habis-habis nak memerangi Islam. Tulisan jawi pun dijadikan musuh?

rpk.pngWalaupun aku tidak bersetuju dengan RPK dan Teresa Kok, aku tetap tidak bersetuju dengan penggunaan ISA, terhadap sesiapa dan atas tujuan apapun. Terus terang aku katakan, aku bukan pengikut Malaysia Today. Salah satu sebab utamanya ialah ketiadaan RSS yang disediakan oleh laman itu. Aku sememangnya hanya membaca blog-blog melalui Google Reader, kecuali laman-laman yang menarik yang belum aku subscribe RSSnya. Keduanya, memang aku tidak minat dengan tulisan RPK. Meluat pun ada. Aku hanya ke sana jika mendapati ada tulisan-tulisan yang kontroversi dan aku rasa perlu dibaca. Aku juga tidak faham kenapa adanya orang seperti Teresa Kok yang begitu memusuhi tulisan jawi. Apalah salah tulisan itu?

2.jpgTapi ketidaksukaan aku terhadap mereka tidak dapat membenarkan hati aku untuk merasa gembira dengan penggunaan ISA terhadap mereka. Mereka manusia bebas yang punya hak seperti manusia-manusia lain juga. Dan salah satu hak itu ialah hak untuk membela diri, yang telah dinafikan ke atas mereka semalam. Dakwalah mereka di mahkamah terbuka. Dalam hal ini, aku sangat bersetuju dengan Fudzail bahawa I.S.A. is also INSULTING ISLAM, Prophet and Muslims.

Mansuhkan ISA.
Wassalam.

Berkaitan: