January 8, 2009 by
mudin001
Ok. Sambung cerita.
Destinasi 3: Pameran Aliens di MITC


Kat sini tak sempat ambil gambar banyak. Kantoi. Kalau nak ambil gambar kena bayar RM5. Baik tak payah.
Destinasi 4: Kompleks Ikan Umbai Baru
Inilah kemuncak sebenar. Makan, makan dan makan!








Gambar yang terakhir itulah sepahat kalau nak kenal. Masak cili padi. Superb. Abu Nufayl hirup kuah-kuahnya sekali.

Sekian. :)
Tags: Melaka, MITC, pameran Aliens, Umbai
Category
Famili, Foto
January 5, 2009 by
mudin001
Sebenarnya, diam lebih baik dari aku menulis entri ini. Tapi biasalah, dah dasar blogger tegar. Haha!
Dalam sehari menjelajah bumi berTuah yang menDato’kan Shah Rukh Khan, antara topik yang terkeluar dari mulut ketika bersembang ialah perilaku beberapa orang besar negara yang suka sangat bercakap seolah-olah otak letak dilutut.
Di atas sekali dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi, yang menyalahkan si perempuan yang dikatakan menghina Rasulullah saw melalui blognya. Si perempuan berkenaan telah pun menafikan blog itu kepunyaannya. Bagaimana kamu mahu memantau blog yang bukan kepunyaan kamu? Haha!
Terbaru, orang yang sama kini memfitnah MB Perak yang kemudiannya menyifatkan Zahid Hamidi sebagai ‘pemfitnah besar dan pembohong yang dahsyat’. Haha!
Boleh juga dimasukkan dalam senarai manusia seperti Zahid Hamidi ini ialah Hamid Albar, Ali Rustam (terbaru, layang-layang sebagai kokurikulum di sekolah), dan Najib Razak.
Najib Razak contohnya, cuba menghalang kerajaan negeri Perak dari memberi hak milik pegangan kekal kepada 11 penduduk Kg Baru Kuala Sungai Rui di Gerik. Aku yang lupa-lupa ingat sejarah pun rasanya tahu hal tanah adalah dibawah bidang kuasa negeri. Ceh!
Oleh itu, untuk orang-orang yang aku sebutkan di atas dan mereka yang seumpama dengannya, ketahuilah. Diam lebih baik dari bercakap.
Salam diam.
Tags: Ali Rustam, Melaka, Najib Razak, Shah Rukh Khan, Syed Hamid Albar, Zahid Hamidi
Category
Politik
December 6, 2008 by
mudin001
1. Akhirnya, Datuk Shah Rukh Khan datang juga menerima anugerah. Tapi berita tentangnya tenggelam dek
tenggelamnya 14 buah rumah ditimbus runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa. All hail Datuk Shah Rukh Khan, lapor Malaysiakini.
2. Tidak pasti Big Mama ada pergi melihat Shah Rukh terima anugerah atau tidak. Tapi kelihatan di TV bersama bakal PM melawat lokasi tragedi Bukit Antarabangsa. Baguslah, bakal PM dan isteri PM perlu tahu priority. Tapi harapnya tindakan kerajaan (persekutuan mahupun negeri Selangor) bukan sekadar mengkambing hitamkan pemaju. Bantuan untuk mangsa, itu yang lebih utama pada masa ini. Tahu priority?
Tags: Bukit Antarabangsa, Melaka, Najib Razak, Shah Rukh Khan, tanah runtuh
Category
Isu Semasa, Politik