June 28, 2008 by
mudin001
Setelah sebulan setengah menjalani latihan di Petaling Jaya, hari ini aku kembali bekerja di Putrajaya. Tadi, aku menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.
Biasalah, kalau solat Jumaat di sana, kelibat menteri-menteri kerajaan Babi Negara itu biasa kelihatan. Antaranya, memang ada kelibat-kelibat yang aku rasa nak saja dihempuk dengan Kamus Dewan. Antaranya ialah Nazri Aziz. Dia ini memang bebal atau tak tahu malu orangnya. Antara kebebalan terbarunya adalah reaksinya terhadap tindakan empat Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengayuh basikal ke Parlimen. Mengingatkan jawapan-jawapannya itu, mahu saja aku baling dia dengan selipar dan kasut yang bertaburan di tangga masjid itu.
Tapi apa yang benar-benar menggelegakkan darah muda aku ialah apabila terlihat kereta hitam yang bernombor pendaftaran XX13 meninggalkan masjid tersebut. Lengkap dengan rombongan yang sekurang-kurangnya dua kereta dan beberapa buah motorsikal berkuasa besar. Mahu tahu ia ke mana? Punyalah jauh, terus membelok masuk ke pejabat Perdana Menteri yang jaraknya, kalau berjalan tak sampai 5 minit pun. Woit, sikit punya dekat tak boleh jalan kakikah? Ataupun sekurang-kurangnya naik basikal seperti yang telah ditunjukkan oleh empat Ahli Parlimen itu? Membazirkan minyak saja. Ubah cara hidup konon, ubah cara hidup binatang apa sebegitu? Nak kena hempuk?
Tags: BN, minyak naik, Nazri Aziz, Pak Lah
Category
Isu Semasa, Politik
June 13, 2008 by
mudin001
Pakchik memetik entah kata siapa yang mengakui terlaksananya pembahagian air percuma sebanyak 20m padu di Selangor adalah kerana kekuatan BN sebagai pembangkang di Selangor.
Pengumuman Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap meter individu di Selangor merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan nasional sebagai pembangkang.
Telah nampak sejak awal kerajaan Pakatan Rakyat cuba melengah-lengahkan pemberian air ini sehinggalah didesak oleh BN Selangor. Malah sejak awal Jun lalu kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agak tidak menyetujui idea ini kerana ia akan mengggunakan banyak wang KDEB dan kerajaan negeri. Bagaimanapun tekanan politik dari dalam PKR dan Pas memaksa beliau menyetujuinya.
Hahaha! Aku tergelak terguling-guling.
Kalau begitu, sokong saja BN jadi pembangkang kerajaan persekutuan. Pasti janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak akan terlaksana. Sokong BN jadi pembangkang!!!
Oh ya, tahniah dan terima kasih kepada pejuang-pejuang marhaen yang turun ke jalan raya siang tadi. Wassalam.
(Foto dicilok dari sini.)
Tags: BN, minyak naik, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Selangor
Category
Isu Semasa, Politik
June 12, 2008 by
mudin001

Bila Pak Lah kata harga minyak tidak akan naik lagi tahun ini, siapa percaya dia? Orang bodoh sahaja akan percaya Pak Lah, setelah begitu banyak flip-flopnya selama ini. Benar atau tidak katanya itu sudah bukan persoalannya. Soalnya, sudah tiada orang percayakan dia lagi, melainkan orang bodoh dan mahu diperbodohkan.
Pak Lah, tak tahu malukah? Berhenti sajaLah!
Berkaitan:
Tags: minyak naik, Pak Lah
Category
Isu Semasa, Politik