June 16, 2009 by
mudin001


(Sumber: Kelab Greenboc)
1. Rasanya elok saja semua pimpinan PAS mematuhi arahan tutup mulut yang telah dikeluarkan. Tidak terkecuali sesiapa pun, termasuk Ustaz Nasha. Malah, terutamanya Ust Nasha. Untuk kebaikan PAS, dan kedudukan beliau sendiri yang semakin menjadi bahan cerca orang. Sedih juga melihatnya begitu.
2. Aku tak tutup mulut? Ah, aku hanya blogger cikai yang tak dibaca orang.

3. Walau ada suara-suara yang mengejinya sebagai melampau, tidak beradab dan kebudak-budakkan, aku menyetujui tindakan Nizar itu. Itulah suara rakyat yang tidak mahu didengar oleh BN. Malangnya bagi mereka, suara itu akan tetap bergema, sama ada mereka mendengar atau tidak adalah perkara kedua.
4. Riak wajahnya menggambarkan kemahuan marhaen. Itu adalah riak wajah pejuang golongan yang tertindas. Bukan riak wajah golongan elitis yang menari di tepi kolam renang pada malam ‘menghangatkan’ rumah nilaian berjuta ringgit.
5. Pada keberanian Nizar, aku mengharapkan cetusan keberanian kepada seluruh rakyat untuk menolak jauh-jauh UMNO/BN. Dan keberanian itu juga perlu ada pada pimpinan-pimpinan PAS yang lain, walau mungkin ada tawaran-tawaran yang menggiurkan.
6. Dan kepada semua rakan blogger pula, berani tulis berani tanggung!
Tags: BN, Mukhriz Mahathir, Najib Razak, Nasharudin, Nizar, PAS, UMNO
Category
Isu Semasa, Politik
May 11, 2009 by
mudin001
1. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Benar kerana telah memberikan kemenangan kepada MB Nizar siang tadi. Kemenangan ini tentunya bukan titik akhir, kerana ia hanya membuka jalan kepada perang yang lebih besar. Siap sedia semua!
2. Dalam komentar aku untuk kolum Suara Rakyat di Perak Express berkaitan huru-hara 7 Mei lalu, aku menulis begini:
Apapun bagi saya, apa yang malang ialah, peristiwa ini boleh dielakkan dari awal. Hanya dengan satu titah membubarkan DUN, segalanya akan dipulangkan kepada yang hak, iaitu rakyat. Banyak tenaga, wang ringgit dan masa dapat dijimatkan kalau Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN Perak awal-awal dulu. Dan masa/tenaga/wang ringgit yang terbuang itu sepatutnya telah diluangkan untuk menangani masalah rakyat yang semakin mendesak, terutama dari segi ekonomi, yang jika tidak ditangani, akan membawa kepada masalah sosial yang lebih teruk seperti jenayah, kemiskinan dll.
Dan lebih malang lagi, apabila telah membuat kesilapan, tidak mahu pula mengakui kesilapan walaupun natijahnya jelas di depan mata. Lebih teramat malang, apabila kesilapan itu boleh diperbetulkan tapi tidak dilakukan. Ya, saya merujuk kepada Istana Perak. Kalau ini dinamakan derhaka, maka derhakalah.
3. Dan dengan kemenangan Nizar hari ini, komen diatas masih lagi relevan, bahawa penyelesaian yang ada hanyalah dengan memulangkan kembali kata putus kepada rakyat. Bubar DUN dan pilih semula. Harapnya Sultan Perak akan memperkenankan pembubaran DUN ini esok. Jom semua solat hajat malam ini!
4. PM Najib, diharap dapat bertenang.
5. Erk… Camry dah terlelong atau belum? Atau Zambry yang melopong?
Tags: Najib Razak, Nizar, Perak
Category
Isu Semasa, Politik
April 9, 2009 by
mudin001

1. Ramai penulis blog menulis bahawa Khairy Jamaluddin adalah Ketua Pemuda UMNO pertama tidak diberikan jawatan dalam kabinet.
2. Silap. Zahid Hamidi ketika menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO juga tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet Mahathir. Manakala Naib Ketua pada ketika itu, Hishamuddin diberikan jawatan menteri.
3. Jadi tidak hairanlah apabila dalam kabinet Mahathir II, perkara yang hampir sama berlaku.
4. Kepada Khairy Jamaluddin, janganlah gundah gulana. Jadikan Zahid Hamidi sebagai role model. Mulakan dengan mengecam Najib sehebat-hebatnya dalam perhimpunan agung UMNO tahun depan. Lontarkan isu-isu KKN dengan Altantuya sebagai perencahnya.
5. Kemudian, buatlah PhD. Dan belajarlah agama sedikit sebanyak, agar boleh memetik satu dua ayat Al-Quran. Sekurang-kurangnya setanding dengan Nga Kor Ming.
6. Jangan lupa, kerjakan haji di Mekah, dan anjurkan tarian separa bogel untuk menghormati masyarakat Cina. Pasti, jawatan Menteri Pertahanan akan jadi milik kamu suatu hari nanti.
Selamat.
Tags: Altantuya, Hishamuddin, Khairy Jamaluddin, Mahathir, Najib Razak, Nga Kor Ming, UMNO, Zahid Hamidi
Category
Isu Semasa, Politik