Posts Tagged ‘ Pak Lah ’

Selamatlah Dato’ Pa

June 29, 2009 by mudin001 4 Comments

Mustapha Mohamad sering disebut sebagai antara segelintir politikus UMNO/BN yang bersih, boleh diharap, berprestasi baik.

Bagi aku, kenyataan itu adalah kenyataan dari manusia yang buta politik, bak seorang mufti yang tidak biasa dengan sejarah politik Islam. Kenyataan itu, samalah benarnya dengan mengatakan Pak Lah tidak pernah tidur semasa bertugas dan sama betulnya dengan mengatakan Najib Razak tidak kenal Razak Baginda.

Hakikatnya, itu adalah temberang yang maha besar. Semoga Manek Urai akan menghapuskan temberang itu selama-lamanya. Tidak rela lagi aku berMP kan politikus reject dari Bachok itu.

Selamatlah Tok Pa. Salam Manek Urai, dari Jeli dengan cinta. :)

Berkaitan: Kelantan makan Kelantan

Selamatlah Mahathir!

April 8, 2009 by mudin001 8 Comments

1. Bercakap tentang Mahathir, aku tidak hairan sangat dengan apa yang dia buat. Sama ada dia keluar UMNOkah, masuk balikkah, lantak dialah. Hak dia.

2. Relevan atau tidak Mahathir dalam politik Malaysia sekarang. Kalian nilai sendirilah. Tak perlu ulas panjang.

3. Apa yang aku berminat nak kecekkan di sini, adalah tentang pemuja-pemuja Mahathir yang bukan dari UMNO. Tapi dari PAS. Ada sesetengahnya begitu bersungguh ‘hidung tak mancung, pipi berkurap, mulut busuk pulak tu’ mahu mendampingi Mahathir ketika dia begitu kuat mengecam Pak Lah.

4. Mahathir tak pandang pun mereka. Haha! Kenapalah mudah sangat nak terpedaya dengan kaki putar alam itu.

5. Selama mana pun, aku tidak pernah meragui bahawa kecaman-kecaman Mahathir terhadap kerajaan Pak Lah adalah atas kepentingan peribadi, bukan untuk rakyat dan negara. Dan aku masih yakin, telahan aku adalah benar.

6. Apapun, biarlah Mahathir terus berilusi akan kehebatannya yang tiada tanding, pengaruhnya yang tiada padam. Biarkan dia. Biarkan UMNO terus hancur dengan pembaharuan ala Mahathirisme Najib.

dsc00007

7. Melupakan dan buat bodoh sahaja terhadap Mahathir adalah yang terbaik untuk kita. Dan sebenarnya terbaik juga untuk Mahathir, kalau dia mahu duduk diam.

Salam.

Selamatlah Najib! (2)

April 5, 2009 by mudin001 3 Comments

1. Ada satu perkara yang aku lupa nak katakan dalam entri terdahulu. Iaitu, tentang Pak Lah terlepas peluang untuk menaikkan sedikit namanya sebelum bersara. Pembebasan tahanan ISA itu misalnya, boleh saja diusahakan terlebih dahulu oleh Pak Lah.

2. Apapun, jangan terlalu gembira dan terpedaya dengan gula-gula Najib. Masih ramai yang meringkuk dalam ISA.

3. Untuk menjadi lebih populis, ada satu perkara utama yang boleh dilakukan Najib. Mansuhkan PPSMI. Pasti puak Pakatan Rakyat terduduk kelu kerana hampir kehabisan peluru. Sebab itu, Pakatan Rakyat tidak boleh hanya bergantung pada politik isu. Yang sentiasa suam sejuk.

4. Dalam keadaan hari ini, memandang dari jauh, aku tidak begitu optimistik dengan peluang Pakatan Rakyat di ketiga-tiga PRK. Mungkin Najib terselamat kali ini?