Latest Blog Posts
- Panjangkan cuti bersalin!
(Sumber)
Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran PAS pimpinan TG Nik Aziz telah lama memberikan cuti bersalin 90 hari kepada kaki tangannya. Dan langkah itu sepatutnya telah diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain. Tidak terkecuali, kerajaan Malaysia. Apa lagi yang ditunggu?- Comments: 1 Category: Am, Isu Semasa, Politik
- Kamal vs Zaid
Lawak sampah Muhyiddin (Kamal, Alan, Nathan) diketepikan, aku tetap merasakan Pakatan Rakyat tidak perlu begitu teruja menggambarkan Zaid Ibrahim sebagai cocok hebat, penyelamat rakyat dan demokrasi dll. Pendeknya, tidak perlu diperbesarkan sangat akan ketokohan Zaid Ibrahim itu. Nampak seperti dibuat-buat pula.
Apa yang penting, apa sebenarnya yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat kepada Hulu Selangor dan Malaysia [...]- Comments: 2 Category: Isu Semasa, Politik
- UMNO jadi tong sampah, PAS nak jadi tong taik?
Baru saja aku publish entri kata cukuplah dengan mamat dari Kulim tu, tetiba keluar pulak berita Tuan Ibrahim Tuan Man kata PAS sedia terima Zul Noordin. Aik? Tak cukup-cukup lagi rupanya?
Aku ingat malas dah nak kecek-kecek pasal ni, tapi tak boleh tahan. Sedap mengata UMNO jadi tong sampah, tetiba PAS nak jadi tong taik? Huh! [...]- Comments: 1 Category: Politik
- Alahai PAS… (2)
Aku tak berminat untuk menyentuh tentang ahli Parlimen PKR yang memilih untuk menjadi katak. Aku lebih suka dengan PAS, parti yang aku sayang. Dan kerana sayangnya aku kepada PASlah, aku menulis entri ini.
Dan ayat pilihan aku hari ini seputar PAS adalah ayat ini, “Mustahil musuh akan mengkritik PAS sewaktu PAS menjaringkan gol sendiri. Betul tak?”
Betul, [...]- Comments: 1 Category: Isu Semasa, Politik
- Alahai PAS…
1. Kenapalah rajin sangat menyedekahkan peluru kepada musuh? Tak habis-habis! Daripada tak ada isu, jadi ada isu. Daripada tak ada benda nak kena jawab, sekarang terbelit-belit lidah jadinya.
2. Walau siapapun, perihal mahu berbincang/muzakarah dengan UMNO ini sebenarnya tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pemimpin PAS. Buang masa saja. PAS sepatutnya LUDAH saja niat itu awal-awal. Jangan [...]- Comments: 2 Category: Isu Semasa, Politik
- Kecek-kecek: Altantuya dan PAS
1. Kata Pak Bakaq Penarik Beca, C4 tak mampu hapuskan Altantuya. Kata aku, C4lah yang menghidupkan Altantuya. Tanpa C4, kita mungkin tidak akan tahu akan kewujudannya.
2. Dalam satu sesi chat dengan seorang rakan yang tidak perlu disebutkan namanya, aku menyatakan kekecewaan terhadap PAS. Rasa macam nak ludah-ludah saja. Katanya kepadaku, dia dah lama nak ludah [...]- Comments: 4 Category: Isu Semasa, Politik
- Husam Musa dan Anual Bakhri
Husam Musa
Jumaat (8/1/10) petang, aku dalam perjalanan pulang dari Ipoh dan hampir tiba ke KLCC untuk menjemput Ummu Adam ketika telefon bimbit aku berdering. Ia panggilan dari Ummu Adam, “Baba, cepat sikit, Husam Musa ada di Tower 1 ni”. “Habis tu apa kena mengena pula Husam ada di situ dengan Baba?,” tanyaku. “Boleh ambil gambar,” [...]- Comments: 3 Category: Politik, Puisi
- Doa III
Aku nak cadangkan kepada PAS dan Tok Guru Nik Aziz khususnya, supaya mengadakan solat hajat dan berdoa ramai-ramai agar pencuri enjin jet pejuang itu pecah perut.
Kalau orang yang curi enjin itu orang yang sama dengan orang yang pernah didoakan pecah perut oleh Tok Guru Nik Aziz sebelum ini, biar dia pecah perut dua kali.
Heh![...]
- Comments: 3 Category: Am, Isu Semasa, Politik


