Posts Tagged ‘ pilihan raya ’

Kecek-kecek selepas mengundi

March 10, 2008 by mudin001 21 Comments

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!

Alhamdulillah, syukur. Aku baru saja tiba di Shah Alam jam 10 malam tadi. Walaupun jem teruk, kepenatan tidak terasa. Aku tersenyum sepanjang perjalanan. Sekarang jam 2.00 pagi. Aku masih belum dapat melelapkan mata. Segala-galanya dirasakan seperti bermimpi. Masih sukar untuk aku percaya. Shah Alam yang aku tinggalkan tiga hari lalu ketika itu masih dibawah pentadbiran rejim korup itu. Sekarang ia bakal menjadi pusat pentadbiran kerajaan baru yang akan memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia, Insya Allah.

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan, tetapi semuanya bercampur baur didalam benak. Tidak ada yang koheren. Jadi aku muntahkanlah saja disini serba sedikit, harap-harapnya dapatlah aku tidur nyenyak selepas ini.

1. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah kejayaan kita semua. Tahniah kerana berani melakukan perubahan. Hari ini, hari yang sangat membanggakan sebagai seorang anak Malaysia. (Walaupun aku tidaklah dapat berbangga sebagai anak Kuala Balah (DUN) dan Jeli (Parlimen), yang terus memberikan kemenangan kepada BN. Ces! Untuk rekod, Kok Lanas yang juga dimenangi BN adalah tempat mengundi Ummu Adam. Ces sekali lagi!)

2. Walaupun aku tidak boleh berbangga kerana terus diwakili oleh puak itu, aku berbangga kerana pengundi di tempat kediamanku sekarang (DUN Batu Tiga, Parlimen Shah Alam) telah membuat pilihan yang tepat. Terima kasih!

3. Tahniah kepada semua pengundi di lima negeri yang memberikan kemenangan kepada rakyat. Kepada kerajaan baru yang akan dibentuk, it’s time to deliver. Tidak ada masa untuk berbulan madu, rakyat sudah matang menilai dan tidak akan teragak-agak untuk menukar kerajaan lagi.

4. Kepada semua, perjuangan masih belum selesai. Mempertahankan dan mengisi kemenangan lebih sukar daripada memperolehi kemenangan yang memang telah pun amat sukar. Terengganu adalah contohnya. Ini hanyalah satu permulaan untuk Malaysia yang baru.

Selamat meneruskan perjuangan. Takbir!!!

Kecek-kecek ringkas sebelum balik mengundi

March 6, 2008 by mudin001 15 Comments

Assalamualaikum semua.

Kurang 48 jam lagi maka tarikh keramat 8 Mac 2008 akan tiba. Dakwat kekal atau tidak, mengundi tetap mengundi. Ini adalah entri terakhir sebelum aku bertolak pulang ke Kelantan esok. Entri seterusnya Insya Allah, seawal-awalnya pada hari Ahad setelah aku tiba dari sana. Beberapa poin ringkas:

Apandi.jpg1. MSO melaporkan Dato’ Pa sedang panas tak senang duduk di Jeli. Tak ramai yang tahu sebenarnya Dato’ Pa ini bukan orang Jeli. Dia ialah orang yang tidak diterima ditempat sendiri iaitu Bachok. Ayuh orang-orang Jeli, sudah sampai masanya kita semua menghantar beliau jauh-jauh dari Jeli. Hj Apandi Mohamad, lawannya kali ini sepertimana pada dua PRU yang terdahulu, pernah menewaskannya pada 1999. Dan aku kira, beliau melaksanakan tugasnya dengan baik pada tika itu. Antara MP PAS yang agak lantang di Dewan Rakyat. Ayuh orang-orang Jeli, kita hantar beliau sekali lagi ke Dewan Rakyat sebagai suara kita!

2. Sila baca kenapa BN mahu sangat rampas Kelantan.

3. Kepada mereka yang masih bertenggek di atas pagar. Masih tidak boleh menetapkan pendirian dan membuat pilihan. Atau lebih teruk masih tidak tahu mahu balik mengundi atau tidak. Sila baca tulisan Abu Saif ini.

4. Walaupun mengundi di Jeli, Kelantan, aku sekarang menetap di Batu Tiga, Shah Alam. Calon Barisan Rakyat untuk DUN Batu Tiga ialah Rodziah Ismail (PKR), manakala untuk Parlimen Shah Alam ialah Khalid Samad dari PAS. Semoga mereka berjaya!

5. Esok aku akan bersama Abah duduk di muka pintu rumahku.

Selamat mengundi kepada semua. Kita semua tahu apa yang perlu kita buat. Ayuh cipta sejarah. Tumbangkan kerajaan zalim, berikan harapan baru kepada Malaysia.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!

(Harapnya sekembalinya aku nanti, aku akan kecek-kecek tentang kemenangan, bukan kekecewaan. Insya Allah.)

Februari, petisyen dan sajak

March 3, 2008 by mudin001 2 Comments

1. Sekitar bulan lalu, tidak mengejutkan kebanyakan entri-entri di blog ini adalah kecek-kecek seputar isu politik dan pilihanraya. Lima tulisan di KKTM 3.0 yang paling mendapat sambutan untuk bulan lalu ialah:

2. Jika kalian bersetuju bahawa Rashid SPR mengancam keselamatan negara, sila aminkan petisyen ini.

3. Dari Puisi Abah: SEPOHON BUNUT DITANAH KUBURAN

Selamat mengundi, jumpa lagi. (Feed blog di sini.)