Posts Tagged ‘ PKR ’

Tiada wakil PAS dalam 29

April 20, 2008 by mudin001 8 Comments


(Sumber: cartoonstock)

Tiada wakil PAS kali ini. Tapi ia bukan merupakan sesuatu yang tidak baik, malah sebaliknya. Itu menunjukkan semua ahli Parlimen PAS rajin buat kerja rumah. Tahniah. Sebab itulah aku bangga jadi penyokong PAS!

Kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang baru dipilih. Jangan jadi pemalas! Rakyat tidak mahu mendengar alasan, apapun. Kad kuning boleh diberi, tapi berapa kali? Kali kedua buat silap, merahlah kadnya nanti.

Respon Anwar Ibrahim di sini, dan Lim Kit Siang di sini.

Berkaitan:

Tak pernah kuimpikan jua…(2)

April 2, 2008 by mudin001 15 Comments

Untuk memenuhi janji, aku muatnaikkan di sini beberapa keping foto rendah kualiti yang sempat aku ambil menggunakan Dopodku semalam.


Kata Ustaz Nasha, stadium ini sudah lama disediakan untuk PAS. Perasan tak cat hijau tu?


Satu-satunya roket (yang aku nampak) di dalam stadium.


TG Nik Aziz pun ada?


Bendera DAP turut dikibarkan ketika nyanyian Negaraku dan Bersatulah (lagu rasmi PAS). Pengibarnya berkopiah putih. Aku berada dua barisan di belakang satu-satunya roket (yang aku nampak) ini.

Dan petang tadi, PAKATAN RAKYAT diumumkan (tertakluk kepada persetujuan pimpinan parti masing-masing). Alhamdulillah, moga pakatan ini benar-benar akan menjadi pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat. Kalau bercakaran sesama sendiri, jagalah! Rakyat akan pakat-pakat buang, boleh?

Tak pernah kuimpikan jua…

April 1, 2008 by mudin001 3 Comments

Tak pernah kuimpikan.., kata Pak Bakaq.

Ya, sebelum 8 Mac lalu, siapa menyangka peristiwa bersejarah semalam akan berlaku?

Balik semalam, aku memang berhajat nak tulis tentang himpunan rakyat ini. Tapi penat sangat. Terus tidur. Gambar-gambar yang diambil dengan Dopodku pun belum sempat upload lagi. Lagipun, gambar-gambarnya low quality. Biasalah, kamera henfon. Tiada flash, tiada zoom. Kalian tengoklah gambar-gambar yang aku yakin banyak di Internet.

Banyak yang terfikir di mindaku semasa berada di sana semalam. Tapi sekarang, dah tak tertulis. Cukuplah sekadar mengatakan aku adalah secebis kecil dalam sejarah yang tertulis.

Wassalam.