Posts Tagged ‘ Protes ’

Kami tak jilat, kami protes!

July 10, 2008 by mudin001 11 Comments

Sudah beberapa hari peristiwa itu berlalu. Mungkin kehangatannya sudah berkurang. Dan mungkin juga sudah anti-klimaks untuk bercerita tentangnya. Apakan daya, masa untuk mengemaskini blog agak terhad minggu ini. Hari ini baru ada peluang barang seketika.

Sememangnya, aku tidak pernah menyimpan niat untuk menyertai Protes pada 06.07.08. Tidak sekalipun aku menulis tentang itu di blog ini, tidak seperti ketika menjelang perhimpunan Bersih yang lalu. Entah mengapa, aku tidak teruja langsung untuk turut serta dalam acara ini.

Pada pagi Ahad lalu, aku hanya mengikuti perkembangan Protes dari rumah, melalui blog-blog dan media-media atas talian yang memberikan liputan. Dan seperti dijangka, sambutannya hambar. Banyak faktornya kehambaran itu, aku tidak berminat untuk mengulas, boleh saja kalian baca blog-blog lain. Petangnya aku keluar dari rumah, menuju Shah Alam. Berbeza dengan apa yang aku jangka, jalan lengang saja hari itu. Aku tidak melalui walau satupun sekatan polis. Dan melalui Dopodku, aku sempat memeriksa Google Reader dan mendapat makluman bahawa Unit Amal PAS menarik diri dari Protes. Oh, ada juga konsert rupanya? Bukankah dikhabarkan telah dibatalkan? Pertanyaan itu berdetik dalam fikiranku.

Selepas makan malam dan solat maghrib, kami meninggalkan Shah Alam untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, Ummu Adam menyatakan hasrat untuk merasai suasana orang berdemonstrasi. Memandangkan keadaan dilihat selamat, aku menukar arah menuju ke stadium MBPJ. Setelah dua tiga kali berpusing mencari parking, kami tiba juga di stadium. Suasananya hambar sahaja. Ucapan-ucapan pimpinan juga tiada yang menarik. Pada waktu itu, kami masih belum tahu tentang insiden tunjuk punggung itu. Patutlah orang tak ramai, semuanya dah balik lepas kena tunjuk punggung barangkali. Haha!

Aku juga tidak berminat untuk menulis tentang punggung si Alak itu. Dah banyak yang tulis. Cuma kenakalan aku cenderung mahu mengemukakan satu teori konspirasi. Sekarang kan orang suka dengar teori konspirasi? Mungkinkah, insiden tunjuk punggung itu dirancang oleh pihak-pihak tertentu dalam satu konspirasi untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat? Heh!

Gambar-gambar dari Dopod aku:


Robin van Persie pun Protes?


Sempat lagi tambah koleksi atas rak buku.


Adam jilat gula-gula. Tak jilat punggung.


Orang jerit, “Turun, turun”. Adam jerit, “Turun bowoh, turun bowoh”.

Kalau masih berminat untuk membaca tulisan-tulisan tentang Protes dan insiden londeh itu, antara yang sempat aku kumpul seperti dibawah: