Latest Blog Posts

Selamat makan
  • Selamat makan
  • Selamat makan tepung pelita
    wahai nafsu yang galak bercinta
    liar bermain mata
    lidah enak mengata.
    Selamat makan tepung bungkus
    wahai nafsu yang rakus
    hanya dia seorang yang bagus
    orang lain pergi mampus.
    Selamat makan cucur
    wahai nafsu yang takbur
    buat jahat bertabur-tabur
    tiada masa untuk bertadabbur
    habis masa untuk berhibur
    dan tidur.
    Selamat makan wahai nafsu
    tepung pelita,tepung bungkus dan cucur habuanmu
    tidak lebih tidak kurang walau satu.
    - mudin001 -
    25 Ogos [...]

  • Comments: 7 Category: Islam, Puisi
  • Tags: ,
Kecek-kecek Malam Jumaat
  • Kecek-kecek Malam Jumaat
  • Ringkas saja malam ini:
    1.  Sajak terbaru dari Abah: Sejalan Kita; Tak Sehaluan
    2. Kali ini aku setuju dengan KJ, tentang H1N1. Apa lagi yang ditunggu?
    Dan akhir sekali, tentunya tidak ketinggalan untuk kami sekeluarga mengucapkan selamat memasuki madrasah Ramadhan kepada semua umat Islam. Moga cemerlang, gemilang dan terbilang, menggenggam ijazah taqwa di jiwa pada akhirnya.
    Salam Jumaat, salam [...]

  • Comments: 5 Category: Am, Islam, Isu Semasa, Politik, Puisi
  • Tags: , , , , ,
  • Salam Merdeka dan Ramadhan
  • Aku menyambut merdeka dengan caraku sendiri. Peduli apa orang kata aku patriotik atau tidak. Mahu tahu apa yang aku lakukan? Menonton perlawanan Arsenal menentang Newcastlelah. Melihat Arsenal dimerdekakan dari persembahan buruk di Fulham, menewaskan Newcastle dengan penuh bergaya, menimbulkan rasa merdeka yang tersendiri dalam jiwaku. Hanya peminat Arsenal yang memahami, pastinya.
    Apapun. Merdeka!!!
    Dan esok atau lusa, [...]

  • Comments: 8 Category: Am, Puisi
  • Tags: , , ,

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin