Posts Tagged ‘ Shabery Cheek ’

Populis

August 29, 2008 by mudin001 9 Comments

b61d090112fc5761ace6c16b442e3b39.jpgApabila suka sangat bercakap bohong dan bersumpah, orang akan mula hilang kepercayaan. Dan itulah yang aku risaukan terjadi kepada TPM kita, DS Najib Razak. Aku risau, orang akan sentiasa menterjemahkan kenyataannya secara terbalik. Tidak pernah berjumpa, dibaca sebagai pernah berjumpa. Dan apabila Najib mengatakan, “It’s not a populist budget!”, aku risau orang akan mengatakan, ya, itu memang bajet populis.

Kasihan TPM.

Apatah lagi kalau yang menyokong katanya itu ialah manusia yang berbuih-buih mulut bila menyebut perkataan populis. Kalau kalian tidak punya akses ke berita Malaysiakini diatas, aku salin tampal kenyataannya dibawah ini, buat bahan senyum kalian. Jangan sampai berbuih mulut sudahlah!

Ahmad Shabery Cheek, Minister of Information:

84a20213765750f7c7f74f4e1f70f881.jpgThis is a popular budget and we are accused of being populist. Populist means when the crude oil price goes up, they would say they would bring down the price. Now that is populist rather than realistic. But the government admits that when the oil price goes up, we would also increase the price. This budget is a realistic plan for the time being.


Tok Mudin: Buka Kamus Dewan cari makna populis. :)

Berkaitan:

Debat minyak: Ulasan spontan

July 16, 2008 by mudin001 13 Comments

Telefon berdering-dering ketika aku sedang menyaksikan debat tadi. Tapi aku biarkan saja. Usai debat, rupanya yang menelefon adalah Abah dan Ma di kampung yang mahu memastikan aku juga menonton debat itu. Sudah pasti tidak aku lepaskan, walaupun ada suara dari semalam lagi yang mengingatkan aku bahawa dia mahu menonton Sindarella. Kalau Ma yang memang tidak pernah tinggal drama Melayu boleh menonton debat, takkan Ummu Adam nak tonton Sindarella juga?

Hasil dari perbualan pendek aku dengan Ma usai debat tadi, aku boleh simpulkan begini.

Ma, ibuku, yang terpaksa mengambil SPM berkali-kali hanya untuk lulus, sekarang menjual bihun di Ulu Kelantan, jauh lebih cerdik dari Shabery Cheek, Nordin Kardi dan pengulas-pengulas pengampu UMNO/BN yang buta mata dan buta hati.

Kata Ma, Anwar cakap berfakta. Katanya lagi, hujah Shabery bodoh. Tak habis-habis dengan demonstrasi 1974, demonstrasi 1974. Kata Ma, orang debat soal minyak, bukan soal Anwar. Oleh itu, Ma bijak berkali-kali ganda dari Shabery. Shabery perlu letak jawatan, seperti yang dijanjikannya.

Ma juga bijak berkali-kali ganda dari Nordin Kardi dan pengulas-pengulas pengampu UMNO/BN yang gagal melihat kekuatan hujah Anwar, atau sekurang-kurangnya menimbangkan apa yang disarankan oleh beliau. Kalau hati dan mata sudah tertutup untuk menerima hujah orang lain, begitulah jadinya. Ma tidak baca akhbar pun, tidak baca blog pun, tidak ada ijazah pun, tapi masih boleh menilai hujah-hujah yang dikemukakan. Ma jauh lebih cerdik dari kalian semua wahai penjilat UMNO/BN.

Dan sebelum kalian mengatakan bahawa sudah semestinya Ma akan menyokong Anwar kerana Ma orang pembangkang, biar aku jelaskan di sini. Walaupun aku ini mendakwa kuatnya kePASan aku sampai darah pun hijau, Ma bukan orang yang berpartisan. Malah, jika ada penyokong UMNO/BN dalam keluarga aku, Ma lah orangnya.

Sekian.

Antara reaksi-reaksi awal yang lain: