Latest Blog Posts
- SEBENAR
KONGSI PAUTAN:
Isu Ali Rustam: Datuk Shah Rukh Khan bersuara. Ha!
Al-Fatihah untuk Us Khairul Azhar. Dan takziah untuk keluarganya. Dipanggil Allah dengan asbab denggi. Denggi yang begitu hampir dengan kita. Baru semalam, kawasan perumahan kami menerima kunjungan pasukan fogging. Beringatlah.- Comments: 3 Category: Am, Isu Semasa, Politik, Puisi
- Hoi kamu, diam lebih baik dari bercakap!
Sebenarnya, diam lebih baik dari aku menulis entri ini. Tapi biasalah, dah dasar blogger tegar. Haha!
Dalam sehari menjelajah bumi berTuah yang menDato’kan Shah Rukh Khan, antara topik yang terkeluar dari mulut ketika bersembang ialah perilaku beberapa orang besar negara yang suka sangat bercakap seolah-olah otak letak dilutut.
Di atas sekali dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri [...]- Comments: 9 Category: Politik
- Penat semalam yang belum hilang
Penat semalam masih belum hilang. Penat semalam bukan penat biasa. Penat orang selesema yang kemudiannya menggila. Tanpa dirancang, sehabis bersembang dengan muka-muka yang sudah lama tidak bersua di majlis walimah Kak Ieka, kami menjelajah bumi berTuah yang menDato’kan Shah Rukh Khan.
Ke Zoo Melaka, melihat Noni, Teh dan Raja, gajah-gajah yang pandai menari. Juga harimau dan [...]- Comments: 15 Category: Am, Famili
- Kecek-kecek sebelum cuti raya (2)
1. Akhirnya, Datuk Shah Rukh Khan datang juga menerima anugerah. Tapi berita tentangnya tenggelam dek tenggelamnya 14 buah rumah ditimbus runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa. All hail Datuk Shah Rukh Khan, lapor Malaysiakini.
2. Tidak pasti Big Mama ada pergi melihat Shah Rukh terima anugerah atau tidak. Tapi kelihatan di TV bersama bakal PM melawat lokasi [...]- Comments: 2 Category: Isu Semasa, Politik
- Shah Rukh, sumpah dan mati – Malaysiakini
1. Shah Rukh Khan tak boleh datang, lapor The Star. Hahaha! Kalau di Malaysia, rasanya berebut-rebut orang mahu dapatkan gelaran Datuk itu. Mungkin banyak juga wang yang bertukar tangan. Tapi Shah Rukh Khan tak pandang pun. Bravolah brader!
Sekarang hidung siapa tak mancung, pipi siapa tersorong-sorong. Pastinya bukan Shah Rukh Khan. Hidung Shah Rukh mancung. [...]- Comments: 9 Category: Islam, Isu Semasa, Politik
- Kecek-kecek ringkas sebelum tidur (dari Malaysiakini)
Penat dan mengantuk. Kecek-kecek malam ini:
1. Sejak bila menghantar surat jadi satu kesalahan? Sila baca berita dari Malaysiakini.
Apa, takut ada anthrax ya? Kalau iya pun, bagilah peluang kepada mereka untuk menyampaikan hasrat mereka. Sudah tidak ada manusiawi dalam diri penguasa-penguasa kita?
2. Siapa terima duit dari Ibrahim Ali, angkat tangan! Tak apalah, berkasih sayanglah. Allah jua [...]- Comments: 3 Category: Isu Semasa, Politik
- Kecek-kecek tentang Datuk Shah Rukh Khan
Sejak petang Jumaat lalu sehingga sekarang, blogosfera masih lagi dibanjiri dengan tulisan-tulisan berkaitan hal pengurniaan pangkat Datuk kepada Shah Rukh Khan. Oleh kerana ku telah menulis tentang ini dalam entri terdahulu, aku tidak mahu menokok tambah lagi. Sekadar mengumpulkan kecek-kecek orang tentang hal ini sebagai rekod. Mungkin 10 tahun lagi Adam dan Alya akan bertanya, [...]
- Comments: 14 Category: Isu Semasa, Politik
- Datuk Shah Rukh Khan kempen untuk Ali Rustam?
Ketika mendengar berita ini di radio petang tadi, perkataan pertama terbayang di kepala aku adalah ‘what a joke!‘. Apa sudah jadi dengan Malaysia, lawak apakah ini?
Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin ini strategi Ali Rustam untuk mendapatkan ‘endorsement‘ dari Shah Rukh Khan dalam perlumbaannya untuk merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ali Rustam pasti belajar dari Barack [...]- Comments: 18 Category: Isu Semasa, Politik


