September 17, 2008 by
mudin001

Ketika Pak Lah mengkurang ajarkan Sheih KickdePaklah kurang lebih tiga minggu yang lalu, sudah terlintas di fikiran adakah beliau akan menjadi mangsa seterusnya rejim zalim itu. Apatah pula, Pak Bakaq baru sahaja menghabiskan malam-malamnya di lokap sebelum itu. Dan memang sah, Sheih diambil oleh polis dirumahnya petang tadi. Beliau dipercayai akan didakwa dibawah Akta Hasutan (sama dengan Pak Bakaq ya?).
Aku hanya pernah bertemu sekali dengan Sheih, minum di restoran Haslam bersama Pak Bakaq juga. Hanya doa yang mampu aku kirimkan untuk beliau. Moga akan terus kuat untuk menentang kezaliman. Sejarah membuktikan penguasa yang berada di puncak kezaliman juga berada di ambang kejatuhan. Pak Lah, buatlah satu-satunya keputusan yang betul sejak kamu menjadi PM. Iaitu berundur. Sekarang.
Andai Pak Lah berdegil, dan menanti dijatuhkan. Maka aku akan mengenang dia, sebagai PM yang tidak ada satu pun keputusannya yang betul dan baik untuk rakyat.
Wassalam.
Berkaitan:
Tags: Pak Lah, Sheih Kickdefella
Category
Isu Semasa, Politik
August 21, 2008 by
mudin001
Sebetulnya, senyapnya aku untuk beberapa hari ini bukan kerana tidak ada apa yang ingin dikecekkan. Tapi sebaliknya, terlalu banyak dan ketinggalan pula. Oleh itu, aku memilih untuk diam sahaja. Dan apabila terlalu lama diam, jadi sukar untuk memulakan kembali. Umpama gunting yang lama tidak digunakan, tumpul jadinya. Bila gunting sudah tumpul, Tok Mudin tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi malam ini, kiranya aku boleh tersenyum dan boleh berterima kasih kepada dua rancangan TV yang telah memberikan sesuatu untuk aku kecekkan di blog ini.
Pertamanya, Buletin Utama yang menyiarkan berita Pak Lah mengkurang ajarkan Sheih kerana saranannya untuk mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik. Jawapan Sheih boleh dibaca di sini. Ketika menonton berita itu, terlintas di fikiran, adakah Sheih juga akan mengikut jejak langkah Pak Bakaq? Kalau ya, Pak al-Husseyn, jaga-jaga, kamu mungkin blogger seterusnya. Heh!
Keduanya, debat kontroversi tanah antara Lim Guan Eng dan Koh Tsu Koon. Kalau Guan Eng banyak melafazkan ’saya kesal’ dan Tsu Koon pula dengan ’saya kecewa’ sepanjang debat itu, aku pula lebih banyak tersenyum. Aku tidak berminat untuk menganalisa siapa menang dan siapa kalah dalam debat itu. Cukuplah sekadar menyatakan aku gembira. Program sebegini sepatutnya sudah lama menjadi budaya kita. Bukan menunjukkan aksi lucah di khalayak pada hari penamaan calon yang dijadikan budaya. Mungkin selepas ini kita boleh melihat Pak Sheih berdepan dengan Pak Lah berdebat tentang patriotisme? Dan Pak Bakaq berdebat dengan Musa Hassan tentang polis baik dan polis jahat? Atau Hasbullah Pit mahu memanjangkan muqabalahnya dengan Shahrir Samad dalam bentuk debat?
Tok Mudin: Senyum saja.
Berkaitan:
Tags: debat, Koh Tsu Koon, Lim Guan Eng, Pak Bakaq, Pak Lah, Penarik Beca, Sheih Kickdefella
Category
Isu Semasa, Politik