Posts Tagged ‘ Teresa Kok ’

Kecek-kecek ringkas (23/10/08)

October 23, 2008 by mudin001 4 Comments

Semalam tidur awal. Penat. Pagi ini kecek-kecek sikit saja:

1. YB J, opss… YB T memberi sumbangan kepada PASTI? Kalau begitu, aku doakan beliau menang semua saman-samannya. Jadi jutawan nanti, banyak lagilah dapat disumbangkan. Tak gitu?

2. Sebut pasal YB J, opss… YB T dan saman, sila baca juga: Di negara ini, kebebasan berkarya tidak diadili seperti kebebasan bersuara

3. Tukar Tiub masuk tender Rais + Shahidan, RM 1.35. Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 tawarkan tiga amah. Kalau tak tahu tiga amah tu banyak mana, sila tanya abe Said Mirro atau Pakchik.

Che Det, Hasbullah Pit, Pak Lah, Anwar, Dr Maza, Malaysiakini

October 8, 2008 by mudin001 5 Comments

Banyak benda nak dikecekkan dalam satu entri, jadi kena ikut gaya penomboran Che Det.

1. Hasbullah Pit tidak setuju orang kuat tidur jadi bodyguard Teresa. Katanya, bodyguard Teresa biarlah Pemuda beriman yang boleh menyelamatkannya dunia dan akhirat. Aku setuju dia tidak setuju, sebab adalah haknya untuk tidak bersetuju. Takkan aku nak ISAkan dia? Aku tak rasa dia perlukan perlindungan.

2.  Malaysiakini melaporkan Pak Lah tidak akan bertanding. Malaysia akan dapat PM baru selewat-lewatnya Mac depan. Adakah Anwar dan Pakatan Rakyat akan berjaya memintas Najib?

3. Sebut tentang Anwar, kecek sikitlah tentang replika/berhala/patung/gambarnya di Batu Caves tu. Pandangan paling cocok dengan aku kira, adalah dari Ustaz Nasrudin Tantawi.

4. Malaysiakini juga melaporkan sahabat(?) Ustaz Nasrudin, Dr Maza telah meletak jawatan sebagai mufti Perlis dan tidak berganjak dengan keputusannya. Hasbullah Pit melaporkan bahawa Puan Nuraflah menyekulasikan Dr MAZA diberhentikan. Bagi aku, tidak kiralah sama ada berhenti atau diberhentikan, Dr. Maza telah kembali ke tempat yang sepatutnya untuk beliau. Bukan mahu mengatakan beliau tidak layak menjadi mufti. Bukan kritikan terhadap kebolehannya, jauh sama sekali. Hanya merasakan beliau tidak sesuai berada di kerusi itu.

Dipersilakan untuk tidak bersetuju, ruangan komen di bawah tidak pernah ditapis. :)

Tak perlu bodyguard, ISA kan ada!

October 7, 2008 by mudin001 5 Comments

Merujuk kepada laporan berita yang mengatakan Teresa Kok sedang sibuk mencari bodyguard kerana ancaman terhadap keluarganya baru-baru ini. Buat apa sibuk-sibuk? ISA kan ada. Bukankah Hamid Albar kata ISA untuk melindungi rakyatnya dari ancaman bahaya. Bagilah peluang untuk dia berbakti kepada rakyat.

Tapi kalau Teresa benar-benar mahu mendapatkan bodyguard juga, aku ada dengar seorang yang bakal available tidak lama lagi. Seorang tua yang bakal dipencenkan. Sangat menepati ciri-ciri pengawal keselamatan di Malaysia. Apatah lagi, hobinya adalah tidur semasa kerja. Kalau tidak silap, namanya Abdullah tapi mesra dengan panggilan Pak Lah. Lepas ini bolehlah panggil dia dengan nama Pak Guard Lah. Mesti Teresa dan keluarganya selamat!