Posts Tagged ‘ Ummu Adam ’

27 untuk Ummu Adam, 3 untuk Alya

April 6, 2008 by mudin001 20 Comments

Hari ini (6 April 2008), genap 27 tahun untuk Ummu Adam dan 3 bulan untuk Alya. Walaupun aku ke pesta buku pagi tadi, aku tidak mahu kecek tentang itu lagi. Esok-esoklah ya?

Hari ini entri ini untuk Ummu Adam. Selamat hari lahir sayang. Moga akan dipanjangkan usia untuk menghiasi hidup kami; Abang, Adam dan Alya. Ya Allah, kau jadikanlah aku suami yang mampu untuk memenuhi hak-hak isteriku, yang mampu menyayangi dan membahagiakan isteri selaras dengan kehendakmu. Kau lindungilah kami dan berikanlah kebahagiaan kepada kami, dunia dan akhirat. Amin.


Ummu Adam tersengih bersama hadiah hari lahir setelah aku melakukan kejutan mengeluarkan hadiah itu dari bonet kereta, dua hari lebih awal dari tarikh hari lahirnya. Nak tahu apa hadiahnya? Tanya tuan yang empunyalah. Kalau dia nak beritahu, baru aku muatnaikkan gambarnya. :)

Alya Wafiyah & Zahrah de Tigris

January 9, 2008 by mudin001 10 Comments

Sudah menjadi kebiasaan, setelah membayar barang-barang keperluan yang dibeli di Tesco, aku akan singgah menjamu mata di kedai majalah. Aku jarang membeli majalah, kerana tak banyak majalah yang aku baca. Hanya Milenia Muslim yang aku belum miss sejak dari Jun tahun lalu. Kadang-kadang aku rembat juga Majalah I. Sedang mata aku melilau melihat majalah-majalah terbaru, aku terpandang sebuah buku dikalangan buku-buku yang biasanya aku tak berminat langsung untuk melihat, menyentuh apatah lagi membelinya.

Aku teringat penulisnya, seorang blogger pernah menyarankan aku membelinya untuk Ummu Adam. Aku belek-belek buku itu. Ok juga ni, hati aku berkata-kata. Buat hadiah untuk Ummu Adam, bolehlah dia membacanya semasa cuti berpantang di kampung. Inilah Alya Wafiyah* sedang bergambar dengan buku yang dimaksudkan.

image_2.jpg

Nanti Ummu Adam dah habis baca, kita minta dia ulaslah di blog ini. Makcik Khairyn, Alya tolong promote ni, nanti nak hadiah besar-besar ya? Hehheh!

* Alya Wafiyah binti Mohd Najmuddin. Itulah nama yang telah kami sepakati untuk diberikan kepada anak perempuan kami ini. Sejak mengetahui Ummu Adam mengandung lagi, itulah nama yang kami cadangkan jika mendapat anak perempuan. Namun, kami mula mencari nama lain, apabila mengetahui sahabat kami, Zarp & Sha telah menamakan anak mereka Alia Shafia. Pusing punya pusing, akhirnya hari ini, kami buat keputusan untuk mengekalkan nama itu. :)

** Kami akan balik ke Kelantan Khamis ini. Salam Maal Hijrah untuk semua. Jika ada ruang dan luang, aku akan mengemaskini blog ini dari sana. Jika tidak, jumpa minggu depan. Insya Allah ketemu lagi. Wassalam.

Ummu Adam selamat bersalin

January 6, 2008 by mudin001 12 Comments

(Lintas langsung dari Hospital Pakar Shah Alam)

Alhamdulillah. Ummu Adam selamat melahirkan cahaya mata kedua kami, bayi perempuan seberat 3.2 kg tepat jam 1.05 pm hari ini. Ibu dan bayi sihat. (Bapanya pun sihat juga, hehheh!)

Cerita selanjutnya beserta gambar-gambar dalam entri akan datang, Insya Allah.